HIDUP BARU

11.9K 125 12
                                    

AKU mendongak memandang bangunan tinggi yang penuh dengan lampu-lampu bilik pelajar yang masih belum tidur. New chapter?

Haih.. aku mengeluh sambil memandang satu beg roda besar berwarna merah di tepi dengan beberapa beg dan sebuah baldi biru di tepi aku. Gaya macam tengah lari dari rumah, walhal betul sebenarnya..

"JAI!"

Aku menoleh ke arah sebelah kiri, berkerut kening aku memandang satu susuk tubuh lelaki tinggi dengan wajah kacuk yang sedang melambai tangan sambil berjalan ke arah aku. Eh, dari mana keluar mamat ni?

"asal?" Aku mengangkat kening. Pelik tiba-tiba kena tegur, aku tak buat kawan lagi kat sini.

Lelaki itu tersenyum dengan mata sedikit sepet. Spontan aku tersenyum sumbing, manis...

"bilik kau kat atas sekali. Jom aku tunjuk kau" selamba badak lelaki itu mencapai tangan kanan aku dan memaksa aku bersalam dengannya sebagai tanda pengenalan sebelum mengambil beg roda yang berada di tangan aku. Lebih kepada merampas sebenarnya mamat ni...

"kau siapa?" aku bertanya pelik. Berkerut dahi aku..

"Oh ya, nama aku Alex. So, kau la pelajar yang lambat daftar satu sem tu kan?" Alex tersengih.

Aku memandang wajahnya lama. Perli ke apa? Aku tahulah aku sorang je yang daftar masuk asrama tengah-tengah malam buta ni.

"Eh jangan marah." alex tertawa kecil. "Sebenarnya aku ditugaskan untuk tunjuk dan bawak kau masuk bilik kau"

''dengan selamat.'' tambahnya lagi. Terus berkerut dahi aku, selamat? lantak kau lah. Aku bolayan kan aje.

Aku hanya tersenyum tipis. Rambut aku yang panjang separa bahu aku tolak ke belakang. "terima kasih Alex"

Dah orang buat baik, takkan kita nak berlagak kan?

Alex mengangguk. Aku mengikuti langkahnya masuk ke dalam lif yang berada di tingkat bawah dan terus naik menuju ke tingkat 3.

Aku menyandar ke dinding lif sambil menghela nafas berat. So here we go..

Kenalkan, nama aku Mellisa, seorang anak yatim tapi aku tinggal dengan sorang pakcik tungal aku iaitu Uncle zaid, sumpah kaya nak mati tapi dianya orang yang sangat sibuk kerja sampai tak kisah pun pasal hidup dan mati aku.

Nak dijadikan cerita mak bapak aku pulak dah tak ada sejak aku bayi sebab kemalangan jalan raya. Sayang betul aku sorang je yang terselamat, kalau tak mesti aku tak payah nak hadap masalah hidup yang aku kena teruskan sekarang ni.

Fuck and miserable

Aku terpaksa masuk kampus kat kuala lumpur ni sebab aku tak ada pilihan lain. Aku bukan budak bijak. Aku masuk pun sebab ni kampus swasta. Kampus untuk orang kaya. Kan boleh bayar..

Lagipun kampus ni jauh sikit dari rumah uncle aku. Isteri uncle zaid bukannya suka aku pun. Dia siap suruh aku jangan balik rumah lagi. Hahahaha kalau aku bagitahu uncle zaid, konfem aku yang merempat.

"Jai! Eh termenung pulak budak ni" alex menepuk bahu aku perlahan.

Aku tersentak. Tersengih aku pandang muka dia.

"ni bilik kau. Bilik 224 kan?" alex menunjuk pintu bilik yang tertutup rapat.

Aku mengangguk. Apa apa jela. Aku dah penat. Kunci aku keluarkan dari poket. Kunci yang aku ambik masa kat kaunter pendaftaran. Tombol pintu dipulas.

Aku melangkah masuk dengan kaki kanan. Ececeh acah baik...

Eh, ade orang. Siot, hensem..

Telan air liur aku duduk sebilik dengan mamat ni, sial. Memang muka orang kat sini ada kacuk kacuk ke?

LARI❗Where stories live. Discover now