Malam.
Tengah syok aku tido, pintu aku diketuk. Kalini macam nak roboh pun ade. Aku usha jam, siallah pukul 3 pagi kejut aku. Ape bende do..
Tuk tuk tuk... Kuat pintu aku diketuk.
Siot betul, tak reti sabar! Aku bukak besar pintu dengan muka bengang. Faid?! Setan! Laju aku tutup balik pintu tapi faid sempat masuk. Dengan baik hati mamat tu tolong kuncikan pintu bilik aku. F*ck.
Aku pandang tajam muka faid. "kau buat ape dalam bilik aku? Keluar sekarang!" aku tunjuk pintu. Berapi badan aku sekarang ni, sesedap rasa je masuk bilik orang.
"ala.. Abang rindu mel lah" faid tiba tiba tarik tangan aku dan peluk badan aku kuat. Siot la! Sesak nafas aku. Laju tangan Aku tolak badan mamat tu ke belakang. Nak mampos ke?!
Faid senyum sinis. "eleh, tak luak pun la kalau aku sentuh kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dengan kawan kawan lelaki kau tu? Siap duduk sebilik lagi" dia pandang jijik muka aku.
Aku tunjuk muka tak kesah. "dah tu ape kaitan dengan kau?" gile!
Faid naikkan hujung bibir. "apa kata bagi aku 'rasa' kau pulak? Aku dah lama tunggu peluang ni" faid tolak kuat badan aku atas katil.
Maigod! Aku nak minta tolong sape kalini?!
Faid senyum sinis pandang aku. Bapak seram siut muka dia.."kau dekat, aku jerit" aku balas pandangan mata faid. Kau ingat aku takut?! Sambil tu aku undurkan badan aku ke belakang.
"jerit? Kau takkan mampu" faid tangkap kaki aku. Bapak ah! Aku sepak badan faid kuat dan berlari keluar dari bilik.
Nafas aku bercelaru. Aku pegang dada aku. Mana aku nak nyorok ni?! Oh! Dapur dapur. Laju aku lari pergi dapur. Aku nyorok dalam tandas dan aku kunci rapat2.
"mel~~"
Aku tutup telinga. Asal do? Macam psiko pun ade mamat ni.. Aku dengar derapan telapak kaki berhenti depan pintu tandas. Aku telan air liur pahit. Takut weh.. Huhu.. Aku betul betul takut kali ni.
"mel sayang.. Apa kata kau jadi perempuan simpanan aku? Banduan macam kau tak boleh terbang tinggi sangat. Tak laku." Bum! Pintu tandas diketuk kuat bertalu talu. Bergegar pintu tu..
Aku duduk berteleku atas lantai. Nasib baik tak basah, mungkin tak de orang guna tandas ni. Si faid masih menggila kat luar tandas. Macam mana la aku nak lari ni?
"blah setan!" aku jerit kuat. Aku dapat dengar faid gelak kuat. Ape yang kelakar bodoh!
"aku bagi kau pilihan, keluar dari rumah ni esok atau aku akan pastikan kau jadi mangsa aku sampai aku puas" seram aku dengar suara faid. Mamat ni dah kenapa do..
Nampaknya aku kena tinggal dalam tandas ni sampai esok pagi. Terpaksa lah aku lepak dengan setan kat dalam tandas ni. Ah lantak la, janji aku selamat.
_____________Aku tarik beg bagasi aku berdiri depan pintu masuk utama syarikat besar yang madam kasi aku semalam. Awal pagi weh aku blah keluar dari rumah.
Tak sanggup aku nak hadap si faid tu lagi. Uncle zaid dengan madam fatin pun aku tak jumpa. Tak pela, dah memang nasib aku. Tetiba pasrah kejap..
Aih? Pukul berapa sebenarnya syarikat ni bukak? Takkan aku nak tunggu sampai pukul 10 pagi. Dari jauh aku nampak sorang makcik datang ke arah aku.
"anak? Kenapa duduk depan pintu bangunan ni? Nanti bos besar datang kamu kena halau tau"
Makcik tu pandang aku dengan beg yang tengah aku pegang.Aku sengih. "saya cari kerja sebenarnya. Erm saya dengar kat sini nak pakai cleaner kan"
Makcik tu pandang aku atas bawah. Lambat2 dia angguk. "nama kamu siapa"
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...