Bunyi mesej masuk mematikan lamunan aku. Sedar tak sedar dah satu jam lebih aku mengelamun atas katil. Siapa pulak ni..
Aku bukak iPhone aku. Mak oi! Ade 30 miss call dari uncle zaid. Hahaha risau ke? Jahat pulak aku. Dari semalam aku tak bukak fon sebab aku silent kan dan baru kejap tadi aku on sound balik.
Tapi ape yang menarik perhatian aku sekarang ni ade satu mesej dari adam. Aik? Duduk serumah pun nak bermesej bagai?
Aku dah keluar pergi kerja. Kau kemas rumah, pukul satu aku balik.
-AdamLaju aku bukak pintu. Semua orang dah tak ade, dua pintu bilik tetamu pun dah ternganga luas. Okay.. Aku senyum lebar. Finally!
Aku tarik nafas tengok kawasan rumah yang bersepah disebabkan parti liar malam tadi. Ok jai, masa untuk beraksi.
__________Dari pukul 8.30 sampai pukul 10 pagi baru aku siap mengemas. Maklumlah aku tak pernah kemas rumah, pasal tu lama tu.
Aku duduk rehat kat atas sofa sambil tengok tv. Seronok wei goyang kaki hahaha.
Aku toleh pandang kawasan balkoni yang luas. Perlahan-lahan aku keluar pergi gigi kolam, rasa macam nak mandi kolam la pulak.. Tapi kalau adam balik macam mana?
Aku usha jam kat dinding. Laa baru pukul 10 lebih. Boleh lah, laju aku masuk bilik tukar baju. Aku pakai seluar pendek dengan baju singlet je. Em aku pakai baju dalam tau. So Rileks ah kan?
Dari ruang tamu aku lompat masuk kolam. Bapak sejuk siot! Tenggelam timbul tenggelam timbul aku menyelam. Dah lama aku tak mandi kolam rasanya.
Nak dekat setengah jam aku berenang, aku keluar duduk kat tepi kolam. Seronok jadi kaya tau tak.. Aku tengok jalan raya kuala lumpur yang tengah sibuk kat bawah. Leka sekejap aku.
Prak.. Pintu utama terbuka.
Laju aku toleh pandang pintu. Herk! Nafas aku terhenti. Adam?! Mampos aku! Asal mamat ni balik awal?!
Adam dah terkaku depan pintu pandang aku. Aku nampak mata dia tak berkelip tengok aku. Aku pandang diri sendiri. Sial! Baju ni melekat dengan badan aku rupanya. Habis nampak segala rahsia aku! Bengong lah!
Aku tutup dada aku pakai tangan dan terus lari masuk bilik. Huhu... Bodohlah.. Aku terus tukar baju. Aku sarung baju hoodie yang besar gedabak kat badan. Seluar pun aku main tibai je pakai. Malu punya pasal..
Ni kali kedua Adam nampak aku macam ni dan semuanya berpunca dari aku. Malunya aku. Gile betullah.. Aku pegang kepala aku. Menyesal la pulak..
Tak lama kemudian aku dengar bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Nak ape pulak ni! Aku telan air liur pandang pintu bilik. Nak bukak ke tak? Huhu aku rasa nak menangis!
"kau bukak pintu sekarang" tegas aku dengar suara adam kat depan pintu. Ni yang aku tak suka ni.
Perlahan-lahan aku turun katil. Rileks jai. Please rileks. Pintu aku buka sedikit. Aku jengah kan kepala dan senyum.
"keluar" Adam terus tarik tangan aku keluar bilik. Muka dia serius je memanjang. Halah! Muka dia buat aku lagi seram la..
"ke.. Kenapa adam" aku cuba cover rasa gugup. Aku tayang gigi kat adam.
"stop" adam tekan kuat pipi aku dan tarik muka aku dekat dengan dia. Sakitlah! Aku tepuk tangan adam tapi lagi kuat adam tekan. Shit!
"Aku benci kau. Kau nak goda aku sebenarnya kan?!" mencerlung mata adam pandang aku.
"kau merepek ape ni?! Sakitlah! Lepas kan aku!" aku pukul badan adam. Laju je tangan lelaki tu tangkap tangan aku.
Siallah! Jantung aku macam nak pecah sekarang ni. Tolonglah.. Aku dapat rasa oksigen dalam badan aku semakin berkurang..
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...