Aku gerak masuk kafe. Aduh! Entah mana mana la dorang ni duduk. Dahla ramai nak mampos orang kat sini.
Aku berhenti sekejap kat tepi sinki yang berderet kat belakang kafe. Aku cuci hidung aku yang berdarah. Berkelip kelip mata aku tahan pedih. Aku tengok muka sendiri kat cermin. Teruk do.
Mulut aku dah koyak balik. Pipi aku dah bengkak. Memang boek.. Aku geleng perlahan. Budak lain yang tengah basuh tangan sibuk usha aku. Lantak kau la..
"hai?" bahu aku di tepuk.
Aku toleh tepi. Ade sorang budak perempuan senyum manis pandang aku. Aku just angkat kepala. Tak larat aku nak senyum weh. Mulut aku tengah sakit sekarang ni.
"nah" dia hulur tisu.
Oh, aku angguk. "terima kasih" akhirnya.. ade jugak yang prihatin dengan aku. Aduh sedih betul hidup aku la..
"sama sama. Take care" terus Perempuan tu blah.
Aku lap hidung aku. Telefon aku dalam poket berdering kuat. Laju aku jawab.
"hello"
"kau kat mana sekarang ni" suara alex tanya aku. oh Alex yang call aku. Laju sangat aku angkat tadi sampai tak tengok siapa yang call.
"kafe" aku jawab sepatah. Tak larat aku nak cakap banyak2.
"datang kat parkir kereta, Kitaorang tunggu si..eh"
"woi kau pegi mana ha?! Orang suruh ambik fail pun lama. Lembap betul!" aku dengar adam membebel. Terus aku jauhkan telefon. Malas aku nak dengar mamat tu memekak.
Aku cuba jalan laju pergi ke tempat parkir kereta. Kaki aku rasa menyengat sekarang ni. Dari jauh aku nampak adam, aman, zoey dengan alex tengah lepak kat pondok.
"hoi" aku jerit. Serentak semua toleh pandang aku. Fail aman kat tangan aku aku lambai.
"weh kau dah kenapa?!" alex terpa ke arah aku. Dia pegang muka aku yang dah bengkak.
Aku sengih. Alex tarik aku duduk tepi zoey. Akhirnya.. Lega kaki aku. Adam, aman dengan zoey pandang muka aku tak berkelip.
"kau gaduh ke apa jai" zoey pandang aku atas bawah. Adam cuma berkerut je pandang aku.
"tak. Cuma Tadi ade masalah sikit" aku cuba cover. Tak pela, aku dah malas nak jadi punca kawan2 aku bergaduh lagi.
"masalah sikit kau kata?!" aman tarik tangan aku suruh berdiri. Sakit sial! Aku pandang tajam muka aman. Aman buat tak nampak, dia sibuk perhatikan luka kat muka aku. Ni yang aku malas dengan aman ni..
"sakitlah man, Lepas la" aku tunjuk tangan aku yang dia genggam.
"adam. Takkan nak biar macam ni je?" aman toleh pandang adam sambil tunjuk tangan aku yang dah biru.
"lepaslah aman. Sakit bodoh!" aku tahan sabar. Dahlah aku tengah sakit sekarang ni, Kang ade makan penampar aku kang..
"man lepaskan" adam tunjuk isyarat kat aman suruh lepaskan tangan aku. Aku urut perlahan pergelangan tangan aku. Merah wei..
Aman mendengus marah. Dia sepak kuat tong sampah kat tepi dia sampai terpelanting, nasib baik tak banyak sampah kat dalam tu. Muka mamat tu macam tengah bengang aku tengok. Ewah Mamat ni karang..
"rileks la aku okey ni" aku angguk penuh yakin. Muka aku buat tak de reaksi. Konon2 tak sakitlah. Padahal, aku rasa bila2 masa aku boleh pitam sekarang ni. Haha
Adam tolak badan aku duduk semula atas kerusi batu. Dia belek muka aku. Aku pandang pelik. Ni lagi sorang dah apasal pulak ni..
"teruk siot kau kena. Kau gaduh dengan siapa jai?" alex desak aku suruh jawab. Aku jeling muka Alex. Kau diam boleh tak?
YOU ARE READING
LARI❗
Historia Corta~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...