Esok.
Hari ahad. Aku bangun awal sebab hari cuti. Kalau hari biasa liat sikit aku nak bangun. Hahahaha.
Aku mandi. Aku tengok adam masih syok tidur, malas nak kacau. Lepas mandi aku main fon.
Pintu bilik aku kena ketuk macam nak roboh.
Bengong betul, kalau tercabut kang tak berpintu bilik aku, dah la asyik kena tendang.Aku tengok jam, dah pukul 8 pagi. Cepat betul masa berlalu. Aku buka pintu. Tersembul muka alex tengah tersengih pandang aku. Aman dengan zoey pon ada.
"pagi korang sampai" aku pandang alex tapi sempat aku usha muka aman. Dia tak pandang aku, takkan marah lagi kut..
Alex sengih, dia peluk bahu aku sambil tarik aku duduk atas katil.
"mestilah, kau tu je yang lembap. Kitaorang bawak sarapan" alex tunjuk zoey. Zoey angkat plastik kat tangan dia sambil tayang gigi.
Aku lembap? Aku tolak badan Alex jauh. Siot do mamat ni, tak habis2 peluk aku. Aku tarik plastik makanan kat tangan zoey.
"ade makanan apa" aku dongak pandang zoey sambil sengih. Aku pun tengah lapar ni..
"nah, ni tuk kau dengan adam" zoey hulur. Tangan aku laju sambut. Baik la jugak dorang ni.. Haha
Wow, nasi lemak. Aku bawak kat meja belajar, aku duduk atas kerusi dan terus aku melahap. Aku kalau time period memang banyak makan.
Aman tarik selimut adam. "bangunlah gila, kau nak tidur sampai mampos ke"
Adam menggeliat. Lelaki tu bangun tanpa banyak soal terus masuk dalam tandas. Mandi kot..
Aku pandang aman. Lelaki tu tengah leka main fon. Dia marah lagi ke apa..
"pendek, aku nak rasa sikit" alex muncul dari belakang duduk kat tepi aku. Aku tahan sabar. Kata makanan ni untuk aku, asal nak menyemak pulak ni..
Aku toleh pandang alex. Mamat ni memang kuat makan, tapi badan tak gemok pula. Bela saka apa..
"nah"
Aku hulur sudu yang aku guna tadi depan muka alex.Alex sambut. Dia pula yang melantak nasi aku.
"aman.." aku panggil pelan.
Aman just angkat kepala tapi tak pandang aku. Ralit gila dia main fon.
"marah aku lagi ke pasal semalam"
Kalini aman pandang aku. Bukan pandang, dia jeling sebenarnya.
"tak" aman pandang alex belakang aku. Dahi aku berkerut. Macam tak ikhlas je. Pandang lah aku!
Aku toleh pandang alex. Siot betul! Dia habiskan nasi lemak aku. Aku tumbuk bahu lelaki tu kuat.
"bodoh lah, kau habiskan makanan aku" aku pandang geram.
Alex gelak. "kau tak elok makan banyak. Nanti kau gemok tau tak"
Aku tahan diri dari mencarut. Takpe2 aku okay. Aku jeling tajam kat alex. Mamat tu still gelak. Masalah otak betul..
Aku bangun dari kerusi. Mata aku tangkap sesuatu bawah katil aku. Aku tunduk. Sini rupanya earphones aku, patutlah tak jumpa.
Aku tonggeng depan katil nak ambil earphones. Tiba2 bontot aku kena tepuk kuat. Tersentak aku terus bangun tapi sempat kepala aku cium birai katil.
Sial lah!! Aku gosok kepala. Aku pusing pandang siapa yang tepuk punggung aku. Alex dengan zoey dah tahan gelak sambil tutup mulut.
Aku dah berapi. "sape pukul bontot aku tadi"
Muka zoey dengan alex aku pandang macam nak telan.
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...