"MELISSA!!" bergema kuat nama aku dalam rumah.
Aku yang tengah syok baring atas katil sambil layan telefon terus terbangun dan turun dari katil. Terkejut siak aku.
DUM! Aku bukak pintu bilik aku luas. Sape yang jerit nama aku kuat gila tadi?!
Aku jalan pergi ke ruang tamu. Mata aku pandang tajam satu satu muka manusia yang tengah lepak kat kawasan kolam. Aman tengah menggigil berdiri kat luar kolam sambil tersengih pandang aku.Zoey dengan alex masih lagi santai mandi siap menyelam lagi.
Huu.. Aku cuba kawal pernafasan aku sebelum aku jadi betul betul semput dengan perangai malaun tiga ekor ni. Macam siot.
"siapa jerit nama aku tadi" Aku pandang tajam muka aman sambil cuba tapis mata aku dari tengok bahagian 'bawah' mamat tu. Bapak seksi sial.
Amam gelak kecil. Dia peluk tubuh sendiri yang tengah menggigil.
"aku yang jerit"Mamat tu ambik tuala kat meja tepi dan balut bahagian bawah pinggang dia sambil senyum pandang aku. Gila! Kau ingat aku gatal sangat ke.
Alex dengan zoey dah panjat tangga kolam nak keluar. Ya Allah! Aku palingkan muka aku ke arah lain. Tak kuat la macam ni.. Huhu..
"mel, tolong buat lunch" alex tarik muka aku pandang dia. Terus aku anjakkan badan. Sejak bila pulak mamat ni berdiri kat sebelah aku?
Alex tengah tersengih pandang aku sambil lap rambut guna tuala. Aku jeling pinggang alex. Fuh..nasib baik dah berbalut.
Zoey yang tengah berdiri sebelah aman just gelak tengok muka cuak aku. Jelingan tajam aku hadiahkan. Kurang ajar betul kan.. Ee, sumpah aku boleh sakit jantung macam ni.
"tak nak, korang pegi la makan kat luar. Kaya kan?" terus aku pusing kan badan nak blah masuk bilik balik. PAP! Aduh! Kepala aku terhantuk dengan sesuatu. Bende lak ni.. Aku pegang luka aku, sakit balik la..
Siapa pulak aku langgar ni? Aku mendongak pandang muka empunya badan. Terkaku sekejap aku pandang mata Adam yang tengah tenung muka aku. Dup dap dup dap.. Aku pegang dada aku sendiri sambil mata aku tak berkelip pandang muka Adam. No no stop jantung! Asal laju tetiba ni..
"lama lagi ke nak tenung muka aku?" Adam angkat kening pandang aku sambil tunjuk muka takde perasaan.
Terus aku tunduk kan kepala pandang lantai. Malunya aku.. Aku dapat rasa muka aku panas. Kat belakang dah dengar suara suara sumbang gelakkan aku..
"dah stop gelak" tegas suara Adam aku dengar. Terus dah tak de bunyi sumbang kat belakang aku.
"mel, kau pegi masak spageti. Bahan bahan semua dah ade kat dapur" Adam jeling muka aku dan tolak badan aku ke tepi.
"pergilah cepat. Lembab betul" sakit telinga aku dengar suara sinis Adam.
Lembap? Aku pusingkan badan pandang adam yang tengah tengah duduk atas sofa sambil mata dia fokus tengok tv. Suka hati je panggil aku lembap.
"aku tak reti masak la, kau tau kan" aku menjawab dengan nada bengang. Sengaja je mamat ni nak kenakan aku..
Adam toleh pandang aku sambil senyum sumbing. "so?"
Aku dah speechless. Ini betul betul mencabar kesabaran aku mamat ni.
"kau nak cari_"
"ok ok. Jom aku tolong kau" belum habis aku nak bidas si Adam, alex dah tarik tangan aku gerak pergi dapur.
Aku geleng perlahan. Sakit hati aku. Alex tolak perlahan bahu aku suruh duduk atas kerusi. Aku toleh pandang ruang tamu. Aman dengan zoey dah hilang masuk bilik tetamu. Mungkin tukar baju kot?
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...