Pagi.
"mel sayang.. bangun baby"
Berkerut dahi aku bila ade orang orang usik hidung aku. Terus aku buka mata.
Terperanjat aku tengok muka adam depan aku tengah tersengih-sengih. Aku anjakkan badan dan bangun. Oh, mamat tu tengah dukung baby fir.
"mami dah bangun fir. Yeay yeay" Adam cium muka firdaus.
"sekarang pukul berapa?" aku gosok mata.
"dah pukul lapan. Lapar tak? Aku dah sediakan sarapan untuk kau kat luar" Adam turun dari katil.
Huh? "seriuslah?"
Adam angguk dan senyum. Dia keluar dari bilik dengan baby fir. Aku pun ikut keluar sekali.
Aku tengok makanan atas meja. Ala.. Asal sayur dengan sup lagi. Em.
"Adam, aku tak nak makan ni. Jom order fast food nak?" aku sengih. Saja cuba pancing Adam.
"sori baby. I said no. Kau tengah dalam pantang, tak boleh makan sembarangan. Dah duduk makan" Adam tarik kerusi dan tolak badan aku duduk.
Mamat tu ambil tempat duduk berhadapan aku. Aku tongkat dagu atas meja. Kenyang pulak..
"makan la mel. Aku bangun awal sebab buat sarapan untuk kau tau"
Aku buat muka tak de perasaan. Kau ingat aku kesah? Haish. Disebabkan rasa perikemanusiaan aku, aku jamah la jugak makanan depan aku ni.
"kau memang tak boleh renggang eh dengan budak kecik ni" aku tunjuk baby fir yang tengah Adam dukung.
Adam senyum. "yup. Sama macam aku tak boleh renggang dengan mami dia.."
Aku angkat sebelah kening. Sudu kat tangan terus aku sumbat dalam mulut. Aku tak tahu nak cakap ape.. Kalau tak boleh renggang dengan aku, asal hilangkan diri..
"eh kau tak makan ke?"
Adam geleng. "tengok kau pun aku dah kenyang. Kan fir? Firdaus lapar tak" Adam gomol muka budak kecik tu. Tersenyum senyum firdaus, dahla tak ade gigi. Hem.
"Adam, kau dah tak benci aku ke? Bukan dulu kau marah sangat dengan aku?" pelik jugak aku. Dulu dia tak suka aku..
Riak muka adam berubah. Tak lama kemudian terbit senyuman tipis dari mulut dia.
"kau percaya tak manusia berubah?"Aku angguk. "So nak cakap yang kau dah berubah ah ni?"
Adam angkat bahu. Mata dia pandang muka fir, langsung tak pandang aku.
"perjanjian kita masih available tak?" aku soal lagi. Aku masih tak puas hati.
Adam angkat muka pandang aku, berkerut dahi mamat tu. "perjanjian? Maksud kau"
Aku mengeluh. "lepas kau dapat baby, Kita cerai. Ingat tak?"
"Melissa, takkan kau sanggup nak tinggalkan firdaus? Kau biar betul?!" riak muka adam terkejut gile pandang aku.
Wtf mamat ni. Aku tak kejam do. "mana ade la. Aku tanya perjanjian kita available lagi ke tak. Jawab je la"
Adam tolak rambut dia ke belakang. Muka dia sedikit tegang.
"kau betul nak minta cerai dari aku ke?"
Ha.. Aku? Aku diam. Betul ke aku nak teruskan rancangan aku.. We.. Biar betul mel.. Takkanla..
"perjanjian tu bergantung pada kau mel. Kalau kau masih tekad jugak, kau hutang aku lagi sorang anak" Adam terus bangun dan pergi ruang tamu. Tv dipasang dengan volume yang agak kuat.
YOU ARE READING
LARI❗
Historia Corta~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...