BAB 32

3.8K 85 0
                                    

Malam.

Aku balik lewat harini sebab pergi lepak sekejap dengan alex. Well, Adam tak de kat rumah. Dia bagitahu aku yang malam ni dia tidur rumah family dia so, aku pun ok je la. Lantak hang la.

Aku campak beg atas katil. Bum! Aku lompat. Hahaha, seronok wei.. Tapi pasal esok..

Aku baring menghadap syiling. Baju kerja pun aku tak tukar lagi. Argh! Aku tutup mata. Aku tak percaya yang esok aku akan kawin! Like Seriously?! Hahaha.

Dress pengantin akan di hantar ke rumah ni esok pagi. Mak andam pun akan datang sini, uncle zaid dengan madam fatin pun akan datang sini jugak.

Dengan perut memboyot dia lagi, dah masuk 9 bulan do. Bila2 masa boleh due. Tak sabar pulak aku nak tengok baby madam..

Em, baik aku tukar baju sekarang. Nak mandi sejukla. Aku turun dari katil dan bukak almari. Sedikit sebanyak ade la jugak baju perempuan dalam almari aku ni.

Baju pajama bunga2 aku ambik dan aku sarung. Ok now time to sleep. Berdebar hati aku nak tunggu esok wei..
_____________________

Pagi Jumaat. [ Pernikahan Aku dan Adam.]

Aku bangun awal nak mampos hari ni. Dah la tido lewat tapi bangun awal. Huhu..

Aduh sakit pulak perut aku. Aku pegang perut. Ergh! Nak pegi toilet! Berlari aku masuk toilet kat sebelah bilik aku.

Beberapa minit kemudian..

Fuh... Aku usap perut sendiri. Time ni jugak nak buat hal. Apela.

Tuk tuk tuk...

Aku pandang pintu utama. Weh sekarang pukul berape do! Aku tengok jam kat dinding. Wtf?! 7.30 pagi?! Cepatnya masa berlalu.

"Melissa kamu ade kat dalam tak?" Suara uncle zaid kuat kat depan pintu.

Laju je aku bukak pintu. Aku sengih pandang uncle zaid, madam fatin and ade lagi tiga orang perempuan yang berdiri kat belakang sambil pegang dress aku dan barang2 ape tah aku pun tak tahu.

"come in"

"ok mel, now better you get ready. Mel nak nikah pukul 10 nanti tau tak." uncle zaid tarik tangan aku ikut dia pergi ruang tamu.

Eh eh, "err mel belum mandi lagi.." aku garu kepala.

"ya allah. Cepatla Melissa!" terus uncle zaid tolak badan aku.

Aku gelak. Nasib baik si faid tak datang kalau tak memang makan kaki aku ah citer dia. Ok mel, baik kau cepat pegi mandi. Sekali lagi aku berlari masuk bilik air. Hurgh!
___________________

Aku tiba di masjid gombak tepat pukul 9.45 pagi. Luaran memang aku tenang tapi kat dalam, rasa macam tengah marathon jantung aku ni.

"jom mel kita masuk. Pengantin lelaki dah sampai" Madam pegang tangan aku sambil senyum.

Aku just senyum tipis. Alahai.. Aku jalan perlahan lahan ikut langkah madam masuk dalam masjid.

Dari depan pintu masjid tu aku dah nampak Adam tengah duduk depan tok kadi. Aku telan air liur. Bapak hensem siot bakal suami aku, hahaha.

Madam fatin tolak perlahan badan aku suruh duduk. Aku pandang Adam yang duduk kat depan aku. Aku pegang dada.. Asal debar sangat ni..

Eh? Aku tak perasan pulak mama Adam duduk kat tepi aku. Dia senyum pandang aku. Aku pandang manusia manusia kat tepi Adam, nak cari papa dia sebenarnya. Wait, papa Adam elok je tengah tepuk tepuk bahu adam. Asal aku tak perasan tadi?

Tu la kau Melissa. Tak habis2 pandang Adam.

"Melissa," mama Adam pegang tangan aku. Hah, ni nape..

"mama terima Melissa jadi menantu mama seadanya. Pasal hari tu mama minta maaf ya sayang" mama Adam tiba tiba peluk aku. Kaku sekejap aku. Kenapa? Bukan dia marah aku ke sebab aku ni banduan? Aku angguk perlahan.

LARI❗Where stories live. Discover now