Pov : Adam
Aku dapat rasa sentuhan seseorang genggam perlahan tangan aku walaupun mata aku masih lagi tertutup.
Aku cuba buka mata aku walaupun rasa berat sangat. Perlahan-lahan mata aku terbuka, aku pandang manusia tepi aku.
Mama.. Mama senyum tengok aku. Papa pun ade jugak.
Argh! Aku pegang perut aku. Asal senak ni?
"ma, adam kat mana ni?" Berkerut dahi aku tahan sakit.
"sabar Adam. Kamu masih lemah lagi ni.." mama usap perlahan rambut aku.
"aman, mana Melissa? Dia okay tak? Alex dengan zoey mana?" aku pandang aman yang tengah berdiri sambil peluk tubuh kat hujung katil.
Aman diam. Mata dia pandang mama dengan papa. Aku dah mula rasa pelik.
"aman.." aku panggil perlahan. Aman dengan muka beku dia buat aku rasa bengang.
"alex dengan zoey sekejap lagi datang la tu. Perut kau sakit lagi ke?" aman pandang tangan aku yang tengah pegang perut.
Kesan jahitan buat aku rasa ngilu. Aku angguk perlahan.
"mama, Melissa mana? Dia tak datang tengok Adam ke?" tumpuan aku beralih ke mama.
Muka mama nampak pucat.
"Adam, kamu rehat dulu. Kesan jahitan tu masih baru" papa menyampuk.
"mana Melissa" aku keraskan suara aku. Dari tadi aku tanya, sorang pun tak jawab.
"haish kat wad dia la. Kat mana lagi dia nak pergi" aman jeling muka aku.
"ma, adam nak jumpa mel" aku genggam tangan mama.
Tersentak aku tengok air mata mama mengalir laju. Asal ni..
"mama kenapa menangis ni?" aku usap air mata kat pipi mama. Aku tak suka tengok mama menangis..
"ma, tell me. What's wrong?" aku cuba pujuk. Ade benda yang jadi kan? Aku dapat rasa..
Mama cuma geleng perlahan sambil senyum hambar. "kamu rehat la dulu. Mama nak ikut papa jumpa doktor sekejap ya" mama bangun dan cium dahi aku.
Aku perhatikan mama dengan papa keluar. Lepas je dorang keluar, mata aku pandang muka aman.
"siapa penderma aku?"
"ha?" aman duduk kat kerusi sebelah katil.
"siapa penderma ginjal aku? Aku nak jumpa dia. Aku nak cakap terima kasih, kau mesti tahu siapa kan? Bawak aku jumpa dia"
Aman mengeluh perlahan.
Clak, pintu terbuka. Alex dengan zoey masuk dengan muka sugul.
Aku senyum. "we, mana korang pergi? Lama baru nampak batang hidung"
Alex tepuk perlahan bahu aku. "kau dah okay ke" muka alex macam dah pasrah.
"patutnya aku yang tanya kau. Korang semua ni kenapa? Macam ade masalah je" aku betulkan posisi duduk.
Senyap sunyi...
"sebenarnya apa yang dah jadi ni? Bagitahu la. Takkan dah bisu" aku mula geram.
"kau dengar sini Adam. Kau nak tahu siapa penderma kau kan? Dia, Melissa. Isteri kau yang derma ginjal dia untuk kau" aman tunjuk muka batu.
"hah?!" aku pandang muka alex dengan zoey.
"betul ke?!"Alex angguk perlahan.
"mana dia sekarang?! Bagitau aku wei!" aku raup muka beberapa kali. Ya Allah Melissa, ape yang kau dah buat ni..
YOU ARE READING
LARI❗
Truyện Ngắn~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...