Esok pagi.
Aku bangun lebih kurang pukul 9 lebih pagi. Aku pandang adam masih tidur. Cepat2 aku mandi, bersiap. Nanti entah mana dorang nak bawa aku pun aku tak tahu.
"jai, awal kau bangun" Adam gosok mata. Dia bangun ambik baju. Dia berhenti depan aku yang tengah duduk bersandar atas kerusi sambil seluk tangan dalam hoodies kuning aku.
"kau dah okay ke" adam pandang muka aku. Aku senyum dan angguk.
"lek ah. Aku okay. Dah biasa" what?! 'DAH BIASA' aku rasa nak hempuk kepala aku.
"ok." adam masuk dalam bilik dan mandi.
_______Pukul 10. 30 kitaorang gerak keluar dari kampus. Kalini kereta honda hitam pulak. Adam yang bawak. Kaya2 betul manusia kat sini.
Aku duduk termenung kat luar tingkap. Alex siku aku.
"asal"
Alex angkat tangan letak kat dahi aku. "man, budak lembik ni tak demam" bahu aku dipeluk.
Aku angkat kening. Aku tolak tangan Alex. Bodoh la. Mamat ni gay ke apa..
"ala. Kau sorang je aku selalu pegang tau tak. Aku tahu kau lemah so kira aku protect kau la ni" Alex gelak kuat. Aku besarkan mata pandang dia.
Zoey ikut sama gelak. "aku setuju dengan alex"
Aku jeling tajam gila. Malas aku nak kisah. Adam dengan aman diam je kat depan. Dua ekor yang duduk kat sebelah aku ni yang asyik memekak kenakan aku. Siot betul..
________Kereta honda adam berhenti depan satu rumah banglo. Besar gilaa. Aku usha sekeliling.
"rumah sapa ni? Lawa gila" aku jakun. Hahaha
Padahal rumah pakcik aku pun sama jugak tapi aku dah lama tak balik.Pintu pagar bukak secara automatik. Kereta masuk. Dari jauh aku dah nampak kolam renang yang besar. Makin teruja aku.
Adam berhentikan kereta. Dia turun, kami semua ikut turun sama. Aku pandang setiap inci rumah banglo depan aku.
"jai" Alex tarik tangan aku. "ni la rumah adam"
Seriously? Aku senyum lebar. Kaya siot mamat tu.
"ade lagi satu.." alex senyum kat aku. "ni jugak rumah aman"
Aku terus berkerut. Ni rumah adam dengan aman ke? Alex dan zoey gelak pandang muka bingung aku.
"dorang adik beradik tiri sebenarnya. Ni rumah parents dorang tapi parents dorang selalu outstation so rumah ni selalu kosong" zoey gosok rambut aku sampai kusut.
Aku tolak tangan dia dan tumbuk bahu lelaki tu. Ouh patutlah aman selalu dengar cakap adam..
"woi, tercegat apa lagi? Masuklah cepat" aman laung kuat.
Kami bertiga masuk dalam ruang tamu. Aku pandang tak berkelip. High class kau!
"bik! Buat air. Ni kawan saya datang" aman laung.
Dia duduk sebelah aku. Aku ganjak sikit.Aman pegang tangan aku. Dia duk belek jari aku, wthell? "asal kau ni" aku tarik tangan aku.
"adam, betullah jari dia macam perempuan." aman gelak kuat. Dia peluk bahu aku.
"kau mesti ade berlebihan hormon perempuan kan" dia bisik kat telinga aku. Aku buat muka menyampah.
"asal asyik cakap aku perempuan? Aku lelaki lah, salah ke aku jadi macam ni?" aku dah mula bengang. Sentap kang baru tahu.
Adam geleng pandang aman. Dia toleh pandang aku pulak. "ok, dah. Lepas ni kitaorang tak kata kau perempuan. Kitaorang minta maaf" adam jeling aman.
Aman lepaskan bahu aku. "ok, aku minta maaf pasal semalam. Tapi ni last. Kalau kau betullah perempuan, aku yakin tak de orang nak kat kau tapi takpe. Aku dengan adam ade" aman gelak lagi kuat.
YOU ARE READING
LARI❗
Historia Corta~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...