Selesai lunch, aku duduk je terperap dalam bilik. Mama dengan papa Adam dah keluar, sambung pergi kerja la tu kot.. Entahlah, dah tua pun masih gian nak kerja. Haha lantak lah.
Aku duduk melepak atas sofa sambil tengok tv. Cerita movie english, seram jugak la. Dah la aku tutup semua tingkap dengan lampu. Pergh, aku pulak yang rasa takut sekarang ni.
Clak.. Pintu bilik terbuka.
Laju aku toleh pandang pintu. Uish, kus semangat. Adam rupanya..
"woi, kau tengok citer hantu ke? Sampai luar aku dengar volume citer tu, perlahan kan"
Adam jalan dan labuhkan punggung kat sebelah aku. Suka hati dia je rampas remote dari tangan aku dan perlahankan volume tv.Kuat ke? Aku rasa biasa je.. Aku curi curi pandang muka adam yang tengah khusyuk tengok tv. Aku ketagih do dengan dia..
Aku nampak kepala Adam geleng perlahan. Dah kenapa? Uish! Tangan Adam peluk bahu aku dan dia bergerak duduk rapat dengan aku. Terkebil kebil mata aku tengok tv kat depan.
Seram dia bukan kat tv dah, sekarang ni dah beralih ke Adam. Aku telan air liur, dah kenapa ni..
Adam tolak perlahan kepala aku supaya bersandar kat lengan dia. O. M. G
I'm speechless.. Ape ni.. Huhu.. Aku tak pernah macam ni dengan mana mana lelaki tau.. Tapi bau Adam, fuhh.. Sumpah best gila.. Tak boleh tahan la kalau macam ni..
"aku pernah dengar, kalau orang mengandung suka bau badan suami dia sendiri. Kau okay ke tak?" Adam tanya aku.
Huh? Sumpah aku suka gila bau kau.
"em, aku okay je dengan bau kau" aku senyum kecil. Tak kan nak mengaku pulak, buat malu aku je nanti."okay" Adam usap lembut bahu aku macam budak kecik.
Meltingnya.. Aku dapat rasa Adam cium dan hidu rambut aku banyak kali. Alamak, aku takut aku jadi manja je lepas ni.. Haha.
"aku suka bau rambut kau" Suara Adam perlahan bisik kat telinga aku. Aku diam. No way aku nak jawab sebab aku tak tahu nak buat ape sekarang ni!
Btw, adil la tu, aku suka bau badan kau. Kau suka bau rambut aku.
Jari Adam mula bermain kat hujung rambut aku yang dah panjang melebihi paras bahu. Terbuai sekejap, terus aku menguap. Ngantuk la pulak.. Aku rasa nak peluk je badan Adam tapi.. Nanti dia kata aku buang tabiat. So I'd better lean on her shoulders and sleep.
________________"Melissa bangun"
Aku terus terjaga bila ade tangan sejuk pegang pipi aku. Aku bukak kecil mata aku, aik? Masa bila pulak aku baring kat atas katil ni..
Terperanjat aku tengok Adam dah bertuala je depan aku, terus aku bangun. Aku senyum tipis pandang adam yang masih tengok aku.
Mamat tu dah bercekak pinggang depan aku, ee, dah la seksi. Huh!
"pegi mandi. Dah pukul enam setengah dah ni. Nanti kau pakai je baju aku kat dalam almari ni" Adam jalan pergi ke almari baju tepi katil. Pintu almari dibuka, sehelai baju t-shirt dan seluar tracksuit diambil.
"aku keluar jap, kejap lagi aku naik kau tak mandi lagi. Siap kau" Adam jeling muka aku dan terus keluar dari bilik.
Laju aku bangun dan masuk dalam tandas. Warning Adam tak le buat memain. Hehe, lagipun lepas ni dapat pakai baju Adam. Yes!
______________"sedap tak mel? Ni bibik yang masak. Nanti kalau mel mengidam ape ape, mel mintak je bibik buatkan tau" mama adam senyum pandang aku.
Aku cuma sengih. Sedap do, ayam berempah dia hingga menjilat jari.
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...