Mahgrib.
"Adam, aku keluar jap gi kedai kat bawah!" aku jerit kat depan pintu bilik Adam. Dah pintu bilik dia tertutup, maleh aku nak bukak.
"pegila" Adam balas dari dalam bilik.
Aku senyum. Hehe, aku nak beli aiskrim je. Aku keluar dari rumah nak pergi tingkat bawah. Ade seven eleven.
___________Selesai beli aiskrim, aku keluar dari kedai. Dengan satu beg plastik aiskrim. Haha, banyak do aku beli.
Aku jalan masuk lif. Sedang elok pintu lif hampir nak tertutup.
"tunggu kejap!" aku nampak kelibat orang lari ke arah lif.
Laju aku tekan butang buka. Pintu lif terbuka luas semula. Fuh.. Nasib baik sempat. Aku jenguk kan kepala pandang luar.
What?!
Faid senyum pandang aku dan masuk dalam lif. Sial! Mana datang mamat ni..
Aku telan air liur. Rasa terancam la pulak, lebih baik aku blah.
Belum sempat kaki aku nak melangkah, faid dah pegang tangan aku dan tekan butang tutup pintu lif.
"woi! Kau dah apasal!" aku rentap tangan aku. Tajam mata aku pandang faid.
Faid angkat dua tangan dia paras bahu. "okay okay, rileks la mel."
Rileks? Dasar psiko!
"bahagia ke sekarang?" faid jalan dekat dengan aku. Senyuman sinis tak pernah lekang dari bibir dia. Shet!
Aku undur setapak demi setapak. Bodoh! Ape mamat ni nak buat..
"aku kesian tengok kau,Perempuan naif dan bendul." faid berhenti dan gelak kuat.
Berkerut aku tengok muka faid. Dia ni dah gila ke?
"ei perempuan, kau tak rasa pelik ke kenapa aku tiba tiba benci Adam? Padahal sebelum ni aku kawan baik dia. Tak ingat masa aku datang dan tido rumah adam sebelum ni?" faid senyum senget.
Terdiam aku. Aah, asal aku tak terfikir sebelum ni..
"macam ni la" faid cuba belai rambut aku. Laju aku tepis.
"kau nak ape" keras suara aku tanya. Sumpah aku benci mamat ni.
Faid senyum. "kalau boleh aku nak engkau. Tapi tak pe, aku tolak tepi nafsu aku dulu. Biar aku bagitahu kau satu rahsia" faid jeling skrin kecil kat atas pintu lif.
Terang nombor lima terpapar kat skrin. Maksudnya kitaorang baru sampai kat tingkat lima?! Asal aku rasa lambat sangat lif ni gerak..
Tolonglah cepat sikit sampai tingkat lapan! Aku dah cuak ni.
Argh!! Faid tarik kasar rambut aku sampai aku terdongak pandang dia.
"sakitlah sial!" aku pegang tangan faid. Berkerut kerut muka aku tahan sakit. Bangang!
"dengar cakap aku bodoh! Lebih baik kau tanya Adam kenapa dia kawin dengan kau huh, Adam tak pernah suka kan kau pun. Dia ade betina yang lebih cantik dari kau la mel. Tapi kenapa dia kawin dengan kau yang tak sedar diri ni? Kesian... dia berpura pura je selama ni dengan kau. Aku tak nak la bagitahu sebab ape, nanti cerita ni tak gempak. So kau tanya la dia sendiri ok" faid cengkam kuat pipi aku.
"sakit bodoh!" Aku cuba tolak badan faid tapi tak berjaya. Setan!!
Ting. Pintu lif terbuka di tingkat lapan.
Faid tolak kasar badan aku keluar dan senyum sinis pandang aku.
Laju aku berlari pergi ke rumah adam. Tuk tuk tuk!
Aku ketuk pintu kuat sambil mata aku pandang pintu lif yang dah tertutup. Sumpah aku gementar. Nasib baik faid tak buat apa apa kat aku.
Clak..
"hoi mel!"
Terus terhenti ketukan aku. Laju aku toleh depan. Adam? Adam! Aku lari masuk dalam rumah. Tercungap cungap nafas aku. Ya Allah, sampai macam ni sekali aku takut dengan si faid tu.
Aku tarik kerusi kat meja makan dan duduk. Aku masih mencerna ape yang faid cakap tadi.
"kau ni kenapa?" Adam hulur segelas air kat aku. Laju aku sambut dan teguk sampai habis.
"ei, kau beli ape tadi? Tak de pun barang" Adam pandang tangan aku.
Hm? Aku telan air liur. Apa yang Adam sembunyikan dari aku ni.. Kenapa faid cakap macam tu.. Adam tak suka aku? Ape maksud dia yang adam berpura pura?
"mel?"
"MELISSA!"Terhenjut bahu aku. Aku pandang muka adam tak berkelip.
Adam geleng kepala sambil tarik kerusi sebelah aku dan duduk menghadap aku.
"mel. Rileks, kau okay, aku ade kat sini" Adam usap perlahan kedua dua bahu aku.
Aku pandang muka Adam lama. Rahsia ape yang kau sembunyikan dari aku adam?
"ape tujuan kau kahwin dengan aku sebenarnya adam"
"hah?"
"kau kawin dengan aku sebab ape? Malam tu, bagitau aku ape yang jadi! Kau tipu aku kan sebenarnya? Kenapa dia kata kau, tak tak, kenapa kau kawin dengan aku adam! " aku pegang kepala aku sambil mata aku pandang lantai. Sakitnya..
"mel sabar, siapa 'dia' yang kau cakap ni? Kau jumpa siapa tadi" Adam tarik muka aku pandang dia.
"faid.."
"sial! Ape yang dia bagitahu kau" adam bangun dari tempat duduk sambil genggam penumbuk.
"tolong Adam, bagitahu aku. Ape yang kau sembunyi kan dari aku. Tolonglah.." aku pegang tangan Adam. Hampir merayu aku..
"sembunyikan ape?! Mulai hari ni kau jangan keluar dari rumah ni selagi aku tak izinkan!" Adam tarik tangan aku masuk bilik aku dan kunci pintu dari luar.
"adam?! Bukak la pintu ni, kenapa kau kurung aku!" aku ketuk pintu bilik aku bertalu talu.
"sori mel. Aku ade benda nak setel, buat masa sekarang kau duduk dalam bilik ni dulu"
"no! Adam! Bukak la pintu ni. Adam!" aku menjerit kuat. Kenapa ni ya Allah! Terduduk aku kat belakang pintu.
Aku gigit bibir tahan esakan tangisan aku sendir. Mel, kenapa mesti menangis.. Aku penat dengan air mata aku sendiri..
Aku duduk berteleku atas lantai. Kali ni aku biarkan air mata aku mengalir. Aku penat. Penat sangat..
______________Aku terjaga dari tidur. Erm, sakit pinggang aku. Aku tertidur atas lantai.
Aku capai telefon tepi aku. Berkerut dahi aku sebab cahaya dari iphone. Dah pukul 3 pagi?
Alamak! Laju aku bangun dan pulas tombol pintu. Masih berkunci!
"adam! Adam!" aku jerit kuat kat celah pintu. Aku harap sangat Adam dengar. Aku tak nak kena kurung. Seumur hidup aku, tak pernah aku kena macam ni..
"adam.. Bukak la pintu ni.." suara aku makin perlahan. Tak guna aku jerit macam ni.. Aku yakin Adam tak kan bukak pintu..
Kenapa Adam marah sangat dengan faid? Ape yang adam sembunyikan dari aku..
Aku rebah kan badan atas katil. Sejak dari dulu, aku selalu rasa hidup ni tak adil untuk aku. Tak sangka ape yang aku rasa tu betul.
Aku asyik jadi mangsa dalam dunia ni.. Aku anak yatim, Auntie zara selalu kata aku punca mak bapak aku mati.
Aku, haha perempuan tak sedar diri, Fitrah perempuan tapi nak jadi lelaki. Bodoh..
Aku jugak hampir kena rogol dengan abang saudara sendiri, shit.
Dan Aku ialah seorang banduan. Perit dan pedih untuk aku, tapi itulah aku. Aku terpaksa..
Aku gelak hambar sambil tutup mata. Aku dapat rasa air mata mengalir perlahan jatuh ke telinga aku. Agaknya air mata aku ni automatik, aku tak penah mintak pun dia keluar. Ha..ha..
Lebih baik aku tidur.. Aku tarik nafas perlahan. Selamat malam.
____________
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...