Lepas makan tengah hari baru kitaorang berempat balik ofis. Aku tengok jam dah pukul 3.30 petang. Mampos aku."eh, aku kena masuk sekarang. Bye." laju je aku keluar belum sempat aman parkir kereta pon. Berlari aku naik lif nak pergi tingkat empat.
Alamak! Dari jauh aku dah nampak kucing liar tu hentak hentak meja aku. Konfem tak lama lagi aku buat kerja atas lantai pulak. Semua orang duk perhatikan minah tu. Memang tak malu do.
"puan sori lambat" aku berdiri belakang pompuan tu. Muka aku buat selamba habis.
"ei bodoh! Kau ni buta ke tolol hah?! Dah pukul berapa baru masuk kerja? Kau memang nak kena kan?! Aku report kat bos kang baru tahu!" kucing liar tu dah bercekak pinggang depan aku.
Eeee bisinglah! Aku pandang jengkel. Rileks sudahlah.. Selama ni dia masuk lambat aku tak memekak pun. Dasar pengampu!
"kau buat muka depan aku ke?! Dasar banduan! Patutnya kau merempat dalam penjara tu sampai mati. Menyusahkan orang!"
Ei, ni dah lebih. Sumpah dah melampau. Turun naik dada aku tahan sabar.
"ape yang memekak sangat ni? Ni ofis bukan zoo" dari belakang aku dengar suara menyampuk.
Laju je aku pusing. Eh, aman? Alex dengan zoey pon ade? Automatik aku senyum.
"err.. B..big boss" kucing liar tu tergagap. Aku tahan gelak. Kucing liar dah jadi jinak wei.
"ei pompuan. Kau cakap ape kat dia? Banduan? Suruh dia merempat dalam penjara?" aman gelak sinis. Aku tengok alex dah tahan badan aman dari jalan ke arah kucing liar tu.
Satu tingkat empat tu sunyi sepi. Suara aman sorang je yang kuat. Semua pekerja tengok tak berkelip ke arah kitaorang. Aih malu weh.
"m.. Ma.. Mana ade bos.." muka pompuan tu pucat tak berdarah. Aik? Tadi garang naw, sekarang kecut pulak?
Zoey pegang lengan aman. Aku tengok muka aman dah bengang. Cepat2 aku tepuk bahu aman.
"dah la man.. Eh bos.."
"kau diam." aman tunjuk muka aku. Serius gila muka dia. Ei sesuai betul dengan adam.
"kau.." aman tunjuk muka kucing liar tu.
"blah dari sini. Mulai esok jangan tunjuk muka sial kau tu lagi kat sini." aman tepis kasar tangan alex dengan zoey dan blah naik lif.Alex dah geleng kepala. Zoey pulak dah peluk tubuh pandang aku.
"kau tak cakap pun selama ni shaza buli kau? Siap panggil kau banduan lagi" alex tarik perlahan rambut aku.
Shaza a.k.a kucing liar dah berdiri macam tunggul tepi aku. Weh, dia nangis do..
"tah kau ni jai. Aku bagitau Adam baru tahu" Zoey mula ugut aku..
No! Laju aku geleng. Teringat kes zamri dua tahun lepas buat aku gerun la. Tapi bila tengok muka shaza tu, kesian pun ade jugak. Sedih sangat muka pompuan tu menangis.
"korang serius ke nak buang dia?" aku pandang zoey dengan alex.
"aman dah buang dia. Esok tak payah datang kerja dah. Jom jai aku hantar kau balik" alex tarik tangan aku pergi naik lif.
Zoey pun ikut sekali kitaorang. Tapi dia naik tingkat lima sebab nak jumpa aman. Mamat tu maybe tengah baran lagi.
YOU ARE READING
LARI❗
Short Story~ 𝓕𝓾𝓬𝓴 𝓽𝓱𝓲𝓼 𝓵𝓲𝓯𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓽𝓱𝓮 𝓹𝓮𝓸𝓹𝓵𝓮 ~ Aku hidup sebagai pelarian kerana dunia tak pernah berhenti berputar. Jap. Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas se...