BAB 1

2.6K 60 4
                                    

Tengku Muhammad Azrif Daniel mengatur langkah ke meja makan.

"Mana Tia? Tak bangun lagi?" Soal Tengku Aida iaitu ibu mereka.

"That sleepy head? Mestilah belum bangun lagi mama.." jawabnya bersahaja.

Sedang dia mengunyah sandwich yang dihidangkan oleh bibik mereka. Mamanya bersuara lagi.

"Dah tu? Sebagai abang? Kamu kena.." Belum sempat Tengku Aida menghabiskan ayatnya, dia mula menyampuk.

"Sebagai abang, dah memang jadi tanggungjawab untuk kejutkan adik?" Dia terus bangun dan naik semula anak tangga.

"Tia! Wake up!" Pintunya diketuk kuat.

"3 minute.." Dia menyambung kembali tidurnya. Tengku Azrif tidak berhenti mengetuk pintunya.

"Ish bisinglah, orang dah kata 3 minute!" Dia menutup kepalanya dengan bantal.

"Tia, wake up now! Or else, I will kick the door!" begitulah cara dia mengejut adiknya setiap hari.

Langsung tidak berlemah lembut walaupun adiknya seorang perempuan. Dengan rasa malas, dia bangun dari tilamnya yang empuk dan mencapai tuala.

Setelah siap membersihkan diri dan mengenakan pakaian, dia menuruni anak tangga dan duduk di kerusi meja makan.

"Mama, lain kali tak payah suruh lionshark ni kejutkan Tia." dia menjeling ke arah abangnya yang sedang asyik makan.

"Cewah, lionshark ni jugaklah yang hantar kau pergi kolej. Dah ada lesen motor taknak bawa." abangnya mula membebel. Walaupun mukanya tampan, tapi salah satu sifatnya ialah suka membebel.

"Eleh, Tia dah katakan selagi Tia tak ada lesen kereta. Tia takkan pergi kolej sendiri." balasnya, dia memang tidak boleh kalah apabila bergaduh dengan abangnya.

"Dah-dah, kamu dua beradik ni suka sangat bergaduh dekat meja makan. Tia, this is your first day in collage. Don't make any trouble." Tengku Aida memberi peringatan kepada Tia, satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Dengar tak mama kata apa tu?" dia cuba mengingatkan kembali pesanan yang diberi oleh mamanya.

"Dengarlah, ingat orang pekak ke?" dia menjeling ke arah abangnya.

Tengku Aida hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat mereka berdua.

"Memandangkan harini hari first Tia ke kolej, biar papa yang hantar." Tia menunjukkan reaksi yang sedikit terkejut. Entah apa yang berada dalam fikirannya.

"Ha kenapa? Nak melenconglah tu." serius mukanya apabila meneka apa yang akan dibuat oleh anaknya.

"Mana ada pa, Tia just nak bersendirian." jawabnya dengan lemah lembut.

"No no, not today Tia. I know what's in your mind." ujar tengku Arman.

"Haih, papa tak percaya dengan Tia ke?" sayu suaranya agar dapat mengubah hati tengku Arman.

"Muktamad. Ke nak papa settle dengan pihak kolej?" soal tengku Arman, laju Tia menggeleng. Takut hal jadi lebih besar, dia hanya akur dengan arahan papanya.

*******

"Cepat masuk, papa tengok dari jauh." arah papanya. Tia hanya mengeluh dan melangkah keluar dari kereta itu, sampailah ke pagar utama kolej itu, barulah papanya berlalu pergi.

"Hish, apa nak buat dekat kolej ni, bosanlah.." ujarnya seorang diri. Dia memang sudah hilang keingingan untuk sambung belajar, walaupun dia seorang yang bijak.

____________________

"Zane, ingat cakap mama, jangan cari pasal dengan perempuan dekat kolej tu, cari pasal tak boleh, cari jodoh boleh." pesan Tengku Aulia kepada anak bongsunya.

SUAMI PALING ANNOYING!Where stories live. Discover now