BAB 14

941 38 0
                                    

"Woi bang..." panggilannya terhenti. Dia membetulkan suara, dan memanggil kembali.

"Sayang... bangun." panggilnya lembut.

Tia tidak menyahut, dia masih lena dibuai mimpi.

"Sayang bangunlah..." dia menyentuh bahu Tia.

Tia masih enggan bangun. Dia tarik selimut sampai menutup wajahnya.

"Woi bangunlah gila!" itu dia! yang tadi pondan sekarang dah jadi jantan balik!

Tia terus membuka besar matanya. Dia pusingkan badan memandang Zane. Serius aja mukanya.

"You panggil I apa tadi?" tanya Tia.

"Aku dah kejut elok–elok tadi, kau taknak bangun." balas Zane, dia cuba berlagak tenang.

"Iyalah, perlu ke panggil I gila? hish! You..."

Tia menutup mulutnya, dia terasa seperti hendak muntah.

"Bw... bwerk!" Tia terus berlari ke bilik air dan mengunci pintu.

"Bwerk.. bwerk!" Zane terdengar suara Tia yang seakan sedang mengeluarkan segala isi perutnya.

"Tia! kau okay tak? asal kau nak mun..."

Zane menutup mulutnya.

"Dia mengandung?!" jerit hatinya. Itu saja yang dapat difikirkan buat masa sekarang.

Setelah rasa lega, Tia keluar dari bilik air.

"Asal kau muntah–muntah?" tanya Zane serius.

"Entah... jap!" Tia mula pandang Zane. Dia tenung wajah itu.

"You ada buat apa–apa dekat I ke?!" tanya Tia. Ya, dia pun beranggapan yang dia mengandung.

"Ak... aku mana tahu, mungkin aku tak sedar... tapi takkan..."

"Kalau I mengandung macam mana?! Kita budak kolej lagi. Macam mana? takkan I nak berhenti? ke I patut gugurkan kandungan ni?" tanya Tia bertubi–tubi.

"Woi rileks! kau jangan nak gugurkan kandungan eh kalau kau mengandung. Berdosa!"

"Habis tu macam mana? Kan I dah kata dengan you, I akan jalankan tanggungjawab I sebagai isteri lepas habis belajar, yang you tak menyabar kenapa?!" tengking Tia. Fuh, bengang sangat tu!

"Sekarang ni tak payahlah marah aku. Bukan dosa pun!" Zane pula meninggikan suara.

Berasap telinga Tia mendengarnya. Memanglah tak dosa encik Zane oi!

"Memanglah! tapi I belum boleh terima status ibu masa umur 18 tahun!" bentak Tia.

"Tak baiklah tinggi suara dekat suami!" marah Zane.

"Habis tu eloklah sangat you tinggi suara dekat I? You ni fake lah!" marah Tia.

"Fake apa pulak?"

"Cinta you fake!"

Zane bulatkan mata. Cinta dia fake? amboi sesenang hati je dia tuduh kita ya?

"Kau jangan nak fitnah aku eh?" marah Zane lagi.

"Habis tu kenapa you kasar dengan I?"

"Aku dah terbiasa!" Balas Zane, dia langsung tidak mahu mengalah.

"Dahlah! I taknak pergi kolej!" Tia terus masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu.

Zane mengeluh berat. Ya, dia tahu, kemungkinan salah dia. Tapi tak perlulah cakap cinta dia palsu!

SUAMI PALING ANNOYING!Where stories live. Discover now