BAB 11

1K 39 0
                                    

Hana : Hello beb, jom ah lepak. Lama tak jumpa.

Tia : Dekat kolej tak jumpa ke?

Tia menjeling sekilas. Menyampah pula mendengar ayat yang dikatakan oleh Hana.

Hana : Itu lainlah. Kita dah lama tak lepak sama–sama. Shopping sama–sama. Outlet sama–sama.

Tia : Haih. Bila nak jumpa?

Hana : Cuti sem nanti. Jangan lupa tau!

Hana terus meletakkan panggilan.

Tia berjalan ke ruang tamu. Lalu mengambil tempat duduk di sofa.

Dia mula berfikir, cuti sem lagi 3 hari. Lalu dia mengeluh berat, entah apa lagi yang difikirkan.

"Haih, tengok wrestling ke?" soal satu suara.

Tia menoleh ke belakang, terlihat Zane dengan secawan kopi sedang berjalan ke arahnya.

"Hmm." hanya itu yang dibalasnya.

"Dahlah. Tak baik tengok wrestling ni, tengok dia pakai spender je. Lucah." ujar Zane serius.

Tia memandang pelik ke arahnya. Lah, wrestling yang bertumbuk–tumbuk dikatanya lucah? pelik bin ajaib!

"Suka hati I lah." balas Tia.

"Tukar." arah Zane.

Tia hanya akur, dia mengambil remote dan tukar siaran lain. Kini siaran kartun pula yang dimainkan.

Tia mula membelek telefon.

Zane melihat siaran di tv, didi and friends? Ya Allah! siaran yang paling dibenci oleh orang dewasa!

"Tukarlah! kau ingat aku budak lagi ke?" arah Zane, bengang pula bila mendengarkan didi and friends dengan lagunya 'mengantuk menganguk'.

"Tukarlah sendiri!" tengking Tia.

'Hoo, nak tidur mana?'

Lirik itu membingitkan lagi telinganya. Lagu paling merapu dia pernah dengar! Nak tidur, tidur ajelah!

"Baklah sini!" tengking Zane pula.

Tia menyerahkan remote pada Zane. Selepas itu dia kembali termenung.

Kali ini siaran bertukar pada TVN. Iaitu siaran yang penuh dengan drama korea.

"Asal drama korea pulak?" Zane mengeluh.

Baru sahaja dia hendak menukar, drama itu menunjukkan adegan 'french kiss'.

Zane menelan liur. Sudahlah ruang tamu itu gelap. Tia lah ni, tak reti nak buka lampu!

Tia yang sedang termenung teralih pandangannya pada kaca TV.

Tia membulatkan mata, tak ada siaran lain ke nak bukak?!

"Tukarlah!" marah Tia.

"Ya.. ya, nak tukarlah ni!" menggigil–gigil dia memegang remote itu.

Selepas itu remote itu terjatuh. Tia menepuk dahinya. Itulah, elok–elok buka wrestling dikatanya lucah! ni pulak macam mana? hampir pergi katil dah tu!

Zane mencari remote tapi tidak jumpa. Nak pergi buka suis lampu, jauh sangat. Nasib baik nek Mah dah balik kerumahnya. Eh nasib baik ke?

"Zane! tukarlah!" arah Tia lagi.

"Tak reti sabar ke?" marah Zane pula.

Tia juga mengambil keputusan untuk mencari remote yang hilang itu. Sedang sibuk mereka mencari, akhirnya kepala mereka terhantuk.

SUAMI PALING ANNOYING!Where stories live. Discover now