"How about this sayang?" Tengku Aida menunjukkan satu gambar fesyen terkini pasangan berkahwin.
"Nope." balas Tia.
"Tia, dah berapa banyak mama tunjuk. Semua tak berkenan." Tengku Aida mengeluh.
Bagi dia, model pasangan di dalam gambar itu sudah cukup cantik.
"Simple. I. Dont. Want. To. Get. Married!" balas Tia.
Memang dia sungguh keras kepala. Keputusan mamanya sehingga sekarang dibangkang.
Tengku Aida berjanji masa perkahwinan mereka dalam 2 ke 3 hari. Tapi sekarang dah 4 hari!
"Ikut Tia lah. Biar mama aja yang siapkan semuanya. Nak tanya Tia? sampai kiamat tak sudah!" tengku Aida melepaskan geram.
Tiba-tiba bunyi loceng bergema. Tengku Aida bangun dari sofa dan menjenguk ke luar.
Terlihat susuk tubuh yang sangat dikenali beradq di hadapan pagar rumah banglo itu.
Tengku Aida tersenyum, butang pagar ditekan agar terbuka.
Pemuda itu berjalan sambil melihat sekeliling. Selepas itu dia ternampak susuk tubuh tengku Aida yang berada tidak jauh darinya.
"Assalamualaikum aunty..."
"Waalaikumussalam. Masuklah Zane." Tengku Aida pelawa lelaki itu.
Tengku Zane tersenyum kelat. Berat hatinya ingin melangkah masuk.
"Masuklah. Duduk dengan Tia dulu. Kita tengok baju nikah yang perfect untuk esok."
Belum hilang lagi terkejutnya memandang Zane. Kini ada lagi yang mengejut dari itu. Mereka bernikah esok?
"Ma!" malangnya, susuk tubuh tengku Aida sudah hilang dari radar.
"Yang you macam tunggul ni kenapa? nak sangat kahwin dengan I?!" tengking Tia.
"Kau fikir aku boleh buat apa?" Soal Zane semula. Dia tak puas hati. Malah dia tidak memahami situasi yang rumit ini. Dia ingin membangkang, tapi tak mungkin yang tua akan dengar luahan si muda.
"Okay okay. You boleh kahwin dengan I, tapi dengan satu syarat." ujar Tia sambil berpeluk tubuh.
"Ceraikan I lepas lafaz nikah." ujar Tia selamba.
Amboi, gila! baru lafaz nikah, dah minta cerai?
Zane meraup kasar wajahnya. Susah betul berhadapan dengan perempuan psycho ni. Tak pernah dibuat dek orang!
"Kau nak aku bawak pergi medical check-up ke? kot-kotlah ada sel-sel yang terputus."
"Hei, I normal lagi okay! you tu yang gila. Kata tak berminat dengan perempuanlah konon! bila tengok perempuan tu perfect body je, terus keluar nafsu jantan you!" balas Tia.
Dia bengang mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Kau jangan melampau eh Tia!" tengking Zane pula.
Tidak sanggup telinganya mendengar kata-kata hinaan itu. Dia sememangnya bukan seperti lelaki lain. Berapa kali dia mahu ulang? dia bukanlah lelaki sampah seperti lelaki diluar sana.
"I bersabar ada limit tau, I nakkan keputusan you! terus batalkan pernikahan ni atau... ceraikan I selepas lafaz nikah!" ulang Tia.
"Aku bukan lelaki yang langsung tak tahu agama. Kalau kita bercerai, syaitan yang menang. Lagipun kau ni dah tak ada otak ke? be profesional Tia." tegur Zane.
Tia mendengus geram. Bila lelaki itu bangkitkan hal agama, dia tidak tahu mahu berbalas apa.
Iya, jodoh itu ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, andainya Zane sudah ditakdirkan untuk Tia, takkanlah Tia mahu menolak takdir?
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Lãng mạn"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...