"Tengku Nia Ellysa, bangun!" jerit Azrif dari luar.
Dah memang tugasnya sebagai abangkan? baik dia kejut dulu sebelum kena bebel.
"Kejaplah bang! 30 minit!" balas Nia di dalam. Eh, bukan tidurpun.
"Nanti mama bisinglah Nia!" marah tengku Azrif.
"Kejaplah."
Dia memandang kamera. Lalu dia menyambung lagi bicaranya.
"Hai korang! Ni Nia nak bagi tips sikit. Siapa rasa nak awet muda, muka tak kusam. Korang kena bangun awal pagi macam Nia? glowing kan muka Nia?" ujarnya ceria.
"Woi abang kata bangunkan?!" jerit Azrif dari luar.
Nia memberi jelingan maut pada bahagian pintu. Terpaksa dia batalkan semula video itu. Hish!
____________________
"Tia, mama suruh balik harini."
Tia yang sedang menikmati sandwich, hilang seleranya apabila mendengar bicara Zane.
"I. taknak. balik!" marah Tia.
Nek Mah yang berada disitu hampir terkena serangan jantung dek suara Tia yang kuat itu.
"Kau ni degil sangat dah kenapa?" soal Zane serius.
"You nak balik, pergilah balik sorang. Pergi pikat Nia tu. Lepas tu kahwin dengan dia." balas Tia dingin.
"Kau jealous?" tanya Zane lagi.
"Mestilah I jealous! you suami I kan? I tak berhak ke cemburu dekat suami sendiri?"
Zane tergelak kecil. Wajah Tia ditenung lama. Comelnya alahai!
"Hati aku milik kau je. Bukan milik perempuan lain. Tak payah risaulah, sekarang ni kita kena balik. Sekurang–kurangnya tunjuk respect dekat parents kita." nasihat Zane pada Tia.
"Nia gediklah. Selagi you tak jumpa dia, you takkan tahu perangai sebenar dia macam mana. She's the worst!" balas Tia bengang. Entah kenapalah dia benci sangat dengan Nia tu.
"Still, she's your little sister."
Tia memandang suaminya, lalu dia mengeluh berat.
"Okay fine! janji you tak curang dengan I?"
"Janji sayang..." Zane menahan tawa. Jealous naw!
_____________________
"Tengku Nia Ellysa!" Panggil Tengku Aida dengan nada suara yang tinggi.
Nia yang berada didepannya agak terkejut. Dia memandang serius pada mamanya.
"Ma, Nia dekat depan mata mama jelah!" marah Nia.
"Siapa suruh pakai macam ni? bukan ke mama dah bagitahu, yang abang ipar kamu akan datang petang ni?" tegur Tengku Aida.
Nia tersenyum sinis. Dia menggintil rambutnya yang halus lalu dipusing–pusingkan serupa perempuan gedik!
"Nia cantikkan?" tanya Nia sambil mengukir senyuman lebar.
"Tak cantik, tak sopan. Tak ada adab! pergi tukar!" marah tengku Aida.
Nia buat rolling eyes. Orang nak melawa pun tak boleh!
"Mama..."Nia mula merengek. Meminta simpatilah tu!
"Nia, takkanlah suami kakak kamu pun nak pikat jugak? respect him as your sisters husband."
Nia pusingkan badan. Lalu dia berjalan dengan gaya malas. Semasa naik ke tingkat atas, dia berselisih dengan tengku Azrif.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...