"Eeeee dahlah!" Tia tolak Zane kasar. Tapi tak adalah sampai jatuh gedebuk!
"You love me?" tanya Zane, aik lain macam aje ni.
"I hate you." balasku pendek.
"Say it again." Adam mula mendekat. Ya ampun, tolong aku! dah tak waras mamat ni!
"I... I hate!" pantas aje bibirnya menutup bibir Tia.
"I know that you love me. Ingat tau, kalau aku menang seminggu ni, kau kena kiss aku 55 kali. Arasseo?" hidung Tia dicuit sebelum dia kembali meniarap.
"Kenapa?" tanya Tia.
"Sambunglah urut tu. Sedap."
"Mengada." Tia menjeling Zane.
"Please sayang..." meleret suaranya memanggil sayang.
"Penat." balas Tia selamba.
"Isteri tak baik lawan cakap suami. Nak masuk syurga tak?" saja Zane mempertikaikan status mereka.
"You bukan sayang I pun." ajuk Tia. Dia berpeluk tubuh tanda protes.
"Siapa kata aku tak sayang kau? nak aku buktikan ke?" Zane mendekatkan badannya dengan Tia.
Tia pula mengundur sampai di kepala katil.
"Dahlah! pervert!" marah Tia.
Zane berhenti. Dia memandang Tia. Lalu dia tersenyum sinis.
"Habis cuti sem nanti, aku taknak kau borak dengan Azri." tegas Zane.
Tia pandang Zane tanpa riak. Lalu dia bangun dari katil dan mengambil bathrobe.
"Panas tahu tak layan you? Dahlah, I nak mandi."
Tia baru saja ingin masuk bilik air, Zane ikut sama.
"You kenapa?" tanya Tia pelik.
"Nak mandi dengan kau." pinta Zane tanpa rasa malu. Keningnya diangkat sebelah sambil tersenyum sinis.
"I rasa dah boleh kot I gelar diri you mister pervert. Nanti I tukar nama you dalam contact I eh? shuh shuh. I nak mandi."
Dia menolak Zane yang sudah menghampiri bilik air itu.
________________________
Tia yang sedang kusyuk mandi, terdengar telefonnya berbunyi.
"Zane! angkat fon tu kejap!" jerit Tia dari dalam.
"Taknak! bagi aku 55 kiss dulu!" Jerit Zane dari luar pula. Telefon berbunyi itu diabaikan.
Hish! ada jugak kena sekeh kepala ni karang! Orang tengah mandi ni oi!
"Zane angkatlah!" marah Tia.
"Taknak! jawab dulu, kau nak kiss aku ke tak?" Zane juga tidak mahu mengalah.
"You jangan melampau Zane, angkatlah! mana tahu ada emergency!"
Aduh tak aman dibuatnya! orang baru masuk bilik air 15 minit, takkanlah nak suruh keluar? sekurang-kurangnya kena ada dalam bilik air selama satu jam. Barulah suci dan bersih!
"Okay-okay, jangan lupa kiss aku nanti." akhirnya Zane mengalah.
Dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello Tia!" jerit satu suara.
Zane menjauhkan telefon itu, amboi! pecah gegendang telinga ni karang!
Dia melihat nama di skrin, lalu dia tersenyum kecil. Ibu mertua rupanya.
"Hello ma." sapa Zane.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Lãng mạn"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...