Kringgggg !!!!!
Berdesing telinga Tia mendengar jam penggera yang begitu kuat.
Dia mencelikkan mata. 5 jam penggera berada di sekelilingnya. Mak aii!
"Dah gila ke laki ni!" jerit Tia.
Dia tak puas hati. Yang paling tak puas hatinya jam baru menunjukkan pukul 6 pagi! tak ada otak ke woi?!
Dia tutup segala jenis penggera yang ada di sekelilingnya. Selepas itu dia menarik selimut dan kembali tidur.
"Woi Tia, aku nak kau bangun sekarang!" bergema satu rumah banglo itu.
Gayanya seperti pakai mike? gilalah!
Tia menekup mukanya dengan bantal. Kacau betullah!
"Tengku Tia Hanari! bangun aku kata!" jerit Zane lagi dengan mike nya.
"Ish gila punya jantan!" jerit Tia.
Dia bangun, lalu membuka pintu seluas–luasnya.
"Lembab! kau nak aku letak 10 jam penggera dekat telinga kau ke?" tengking Zane.
"Mind your own bussiness! You ceraikan I sekarang. Kalau tak I taknak pergi kolej!" tengking Tia pula.
Amboi–amboi, semua dah jadi telinga gajah. Tak ada pekak–pekak dah. Harimau lawan singa, siapa kalah?
"Okay, bersedialah untuk disekat segala kad kredit yang kau pegang. Tengok, kau boleh hidup tak?" sindir Zane.
"Hish!" rungut Tia.
"Dahlah, I nak tidur!" Baru saja Tia ingin masuk ke dalam bilik, Zane menariknya kuat.
"Solat subuh. Apa jenis Islam kalau tak solat subuh?"
Mak ai, berasap telinga Tia tu Zane oi!
"I belum cukup iman lagi nak berubah." balas Tia.
"Tak kesahlah. Aku cakap solat subuh, kau ikut je. Aku suami kau!" tegas Zane.
"I... I dah lupalah." balas Tia perlahan. Nampaknya dia agak sensitif bila part agama.
"Dah biar aku ajar."
Tanpa berlengah masa, Zane dan Tia pergi ke bilik air.
"Ambil wudhuk reti tak?" soal Zane.
"Reti."
__________________
"Ya Allah, kau lindungilah rumah tangga ini dari sebarang musibah. Jadikanlah aku sebagai suami yang bertanggungjawab." Zane berdoa.
Setelah meng-Aminkan doa. Tia berfikir sejenak. Lindungi rumah tangga mereka?
"Macam mana nak jaga rumah tangga ni kalau tak ada kebahagiaan?" soal Tia.
"Tia." ujar Zane sepatah.
"Kita tak bercinta, hati kita langsung tak terbuka untuk satu sama lain. How can we find a hapiness? kenapa you tak ceraikan I je? you boleh cari perempuan yang mampu bahagiakan you. And yang pastinya bukan I." balas Tia seperti memberi hujah gamaknya.
"Siapa kata rumah tangga perlukan cinta untuk bahagia? dengan tanggungjawab pun rumah tangga kita akan bahagia. Lagipun, macamlah kau boleh jatuh hati dengan aku?" Tia terdiam sejenak.
"And lagi satu, kau jugak kata, hanya kau yang boleh tawan hati lelaki. Tapi lelaki tak boleh tawan hati kau. You're such a difficult person. You know?" sambung Zane lagi.
"Apa bezanya you? you pun sama je. Hati batu. Takkan pernah terima cinta, kita tak sama ke?"
"Tak sama. Walaupun aku tak terima cinta, aku tak permainkan hati orang sekeliling macam yang kau buat." Balas Zane.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...