"Mama rasa tak sedap hatilah Az..." Tengku Aida mundar–mandir di ruang tamu.
"Kenapa? mama risau Tia buat hal ke?" soal Tengku Azrif.
"Ya... mama ingat nak ke kolej Tia lah, jom teman mama?" Pelawa tengku Aida pada anak lelaki bongsunya.
What? Tia tu dah besarlah ma. Janganlah asyik–asyik terlibat dengan akademik dia je. Aduh!
"Ma... Az bukan apa, karang Tia pulak yang merajuk macam mana?" Az cuba mengubah niat mamanya.
"Mama risaulah sayang... jom?" ajak Tengku Aida lagi.
Buntu Azrif dibuatnya. Kalau mamanya pergi dengan pemandu tak apa juga, ini dia pergi dengan Tengku Azrif! sudah tentulah Tia akan target dirinya.
Selepas lama mengelamun. Tengku Azrif terpaksa ringankan kaki untuk membawa mamanya ke kolej Tengku Tia.
___________________
"Shit!!" jerit Zane.
Mulutnya dikesat beberapa kali. Jijik! seumur hidupnya, tidak pernah lagi dia terkena sentuhan fizikal yang begitu!
Memikirkan apa yang Tia katakan tadi, buatkan hatinya makin panas. Sengaja Tia berbuat demikian supaya Zane tidak jejakkan kaki ke bilik itu lagi.
"Kau tunggu perempuan! aku akan buat kau terima balasan yang setimpal!" tangannya menggenggam penumbuk.
Sudahlah dia benci perempuan, bibir sucinya pula menjadi mangsa ciuman tengku Tia. Semua perempuan tak guna!
Semasa dia ingin melangkah, terlihat seorang wanita berumur bersama dengan lelaki berbadan sasa menuju ke arahnya.
"Hye, ni aunty nak tanya, bilik rakaman cctv dekat mana ya?" soal wanita berumur itu.
Tanpa membuang masa, Zane menunjuk bilik rakaman cctv yang betul–betul berada di belakangnya.
Wanita berumur itu kemudian berterima kasih lalu masuk ke dalam.
Sedang dia melayan perasaan, dia baru sedar, perbuatan tak senonoh tadi ada di rakaman cctv. Cepat saja dia melangkah masuk, terlihat wanita berumur itu sedang bertanyakan sesuatu pada penjaga itu.
"Kenal tak dia ni?" soal wanita berumur itu atau dikenali sebagai Tengku Aida.
"Ouh dia ni, kenapa dengan dia ya puan?" soal penjaga itu.
"Saya nak tengok semua rakaman dia untuk hari ini." arah Tengku Aida.
"Pe...pengawal! ada perompak!" jerit seseorang.
"Mana? mana?!" pengawal itu terus keluar dari bilik rakaman cctv.
Datin Aida kaku, baru sahaja dia mahu menyiasat anaknya.
"Young man, awak kenal tak dia ni?" soal Datin Aida pada Zane pula.
"Ouh... sa... saya kenal. Nak saya tunjuk dia dimana ke?" pelawa Zane. Dia tidak mahu tengku Aida melihat video tidak berpakej itu.
"Boleh jugak." Tengku Aida setuju.
Haa sudah! macamlah aku tahu kat mana perempuan tu sekarang!
Zane terpaksa menjadi penunjuk arah yang tidak tahu arah. Dia bawa tengku Aida ke kelasnya, dia berharap Tia sama kelas dengannya supaya dirinya tidak dimalukan.
Sampai sahaja di depan kelas, terpacul wajah Tia di hadapan pintu menghadap mereka.
"Eh, anak mama baru nak masuk ke?" soal tengku Aida.
Tia terdiam. Apa pulak mamanya buat disini? mahu menyiasat lagi? tiba–tiba dia menekup mulutnya serta menjerit kecil.
"Kenapa Tia? ada orang buat Tia ke?" soal Tengku Aida risau. Mulalah macam–macam perkara negatif berada di benak fikiran.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...