"Pengantin, boleh kita buat sesi bergambar sekarang?" soal jurukamera.
Zane dan Tia memandang ke arah juru kamera itu.
"Perlu ke bergambar? kita dah nak cerai pun." ujar Tia.
"Perlu. Kau nak malukan semua orang ke?"
Tia tayangkan muka menyampahnya. Dia berpeluk tubuh, memang dia tidak mahu buat sesi bergambar.
"Isteriku yang dikasihi, jom?" Zane menghulurkan tangan.
Tia pandang Zane, lalu dia memberi jelingan maut.
"Kau jangan mengada, aku menjerit karang." ugut Zane.
Dengan rasa malas, tangannya menyambut huluran Zane.
"Ma? dekat mana nak bergambarnya?" soal Zane. Seperti sudah biasa pula dengan Tengku Aida.
"Ehem... Kita bergambar dekat rumah dulu. Lepastu dekat studio pulak ya?" balas Tengku Aida.
Kedua–dua mereka memandang ke arah Tengku Aida. Studio?
"Eh kejap, studio dah siap ke?"
Jurukamera itu tersenyum lalu mengangguk.
________________________
"Tia, cuba buat possing yang lebih baik, barulah nampak macam pasangan serasi." arah Fakhir. Jurukamera yang berada semasa akad nikah tadi.
Tia menjeling lelaki itu. Suka hati je main arah-arah ya?
"Zane, cuba peluk pinggang Tia pulak. We need a perfect post." arah Fakhir lagi.
Kini Tia mengeluh berat. Banyak betul karenah cameraman ni lah!
"Tia, give him a kiss on his cheek."
Kali ini Tia memberi jelingan maut pada Fakhir. Ini dah lebih!
"Taknak." ujar Tia tegas.
"Tengku, boleh ke kalau kami skip possing yang ni?" soal Fakhir pada tengku Aida.
Tengku Aida tersenyum. Pasangan secocok itu dipandang sekilas lalu menggeleng.
"No no, kita kena buat semua possing, barulah sempurna." bidas Tengku Aida.
Membulat mata Tia apabila mendengar jawapan tengku Aida. Ibu jenis apa ni tak support anak?!
___________________
Zane dan Tia masuk ke rumah baru mereka. Pandangan Tia kepada Zane langsung tidak beralih dari tadi.
Apabila masuk ke ruang tamu. Zane mengambil tempat di sofa itu. Dia duduk sambil menggeliat. Penat sangat tu.
"Bila you nak ceraikan I?"
Zane mengeluh. Kalau ye pun, bagilah dia rehat dulu.
"I need to rest." balas Zane.
"Bukan susah pun nak ceraikan I. Sebut Tengku Tia Hanari, aku ceraikan kau dengan talak 3! senang kan?"
Terbeliak Zane mendengar lafaz itu. Biarpun dia sahaja yang layak melafazkan cerai, dia sendiri terkejut. Gila talak betul!
"Lepas tu kau nak explain macam mana dekat family kita? terlafaz cerai? gaduh-gaduh lepas tu cerai? ter... sebut lafaz cerai dalam mimpi? think la Tia." Zane mula bebel.
Tak puas hati pula dengan Tia yang ambil mudah saja terhadap perkara ini.
"You dah janji!" Tia meninggikan suara.
"Aku tak janji pun." balas Zane dengan raut wajah menyampah.
Tia mencebik. Tak janji? cuba flashback sikit.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...