"Abang, nak tanya something boleh?" tanya Nia sambil menyisipkan rambutnya ke belakang telinga.
"Tanyalah." balas Zane.
Dia menjauhkan sedikit jarak mereka. Kalau Tia nampak ni? Fuh!
"Kenapa korang kahwin?"
Zane terdiam. Kenapa mereka kahwin? takkan nak jawab sebab kena tangkap JAIS? Jangan cari pasal!
"Sebab kami saling mencintai?" balas Zane gagap.
Nia tergelak kecil. Saling mencintai ya?
"Yelah tu, akak Tia tu dia mana suka kahwin awal. Dia suka enjoy hidup bujang. Enjoy dia tu, sampai tahap mainkan hati lelaki. She's playgirl you know." terang Nia. Macam ada niat tak baik je?
"Memanglah dia playgirl. Tapi manusia boleh berubah." balas Zane serius.
"Takkanlah berubah secepat ni? abang, ex dia tu tak boleh nak kira. Malah lebih handsome dari abang pun ada tau?" Terang Nia lagi.
"Tapi dah hati dia terbuka untuk abang. Past is in the past la Nia. Jangan ungkit lagi, kami dah bahagia sekarang ni." tegas Zane.
Nia tergelak lagi. Lalu dia menyambung bicara.
"Abang yakin akak Tia dah tinggalkan hobi dia? be carefull abangku sayang. Manusia boleh berubah, tapi susah untuk berubah. Nia pergi dulu, ada date dengan kawan. Bye, muah!"
Dia tinggalkan Zane yang masih terdiam tanpa jawapan. Kata-kata Nia itu sedikit sebanyak mengusik hatinya. Betul ke Tia dah berubah? betul ke Tia dah tinggalkan hobi dia?
Nia sudah tersenyum lebar. Misinya untuk merampas Zane dari Tia sudah berjaya sedikit.
______________________
"Hello?"
Zane memandang Tia yang sedang menjawab panggilan. Dia pandang penuh curiga.
"Esok? tak sure lah." balas Tia.
Berkerut dahi Zane. Apa yang tak sure?
"Iyalah, busy ni. Bye." Tia meletakkan panggilan.
"Siapa tadi tu?" tanya Zane.
"Kawan." balas Tia sepatah.
"Lelaki ke perempuan?" tanya Zane lagi. Selagi tak dapat jawapan yang tepat, selagi itu dia curiga.
"Salah ke kalau I kawan dengan lelaki?" tanya Tia tak puas hati.
"Salah. Kau dah ada suamikan?"
"Ouh habis tu, I kena menghadap you sorang je lah? I langsung tak boleh bercakap dengan lelaki lain?" soal Tia dingin.
"Tak boleh. Kau boleh bercakap dengan aku je."
"Habis tu macam mana pulak you dengan Nia? Bukan main sopan lagi bila depan dia. I ni apa? patung?" Tia pandang mata Zane dalam-dalam.
"Dia tu adik ipar aku je. Yang kau nak jealous asal? dia adik kau kan?"
"Memanglah dia adik I. Tapi kemungkinan besar you akan jatuh hati dengan dia. Dahlah! I malas nak bertekak dengan you!" Bentak Tia.
Baru sahaja dia ingin keluar bilik. Zane menjerit memanggil namanya.
"Tia!"
Tia menoleh. Pantas bibir mulusnya dicium oleh Zane. Tia terkejut. Dia terus menolak badan lelaki itu.
"Apa you ni?!" marah Tia.
"Aku nak buktikan, tak ada perempuan lain yang boleh buat aku jatuh hati selain kau. Hanya kau je Tia! Aku cintakan kau sorang je! kenapa kau selalu tak yakin dengan aku?" soal Zane tak puas hati.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...