BAB 4

1K 39 1
                                    

Tiga lampu suluh diarahkan pada mereka. Tia cuba melihat susuk tubuh 3 orang itu dengan lebih jelas. Terlihat 3 orang yang gayanya serupa pak Imam.

Tia meraup kasar wajahnya. Tak sangka mereka sudah tertangkap. Zane bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"JAIS..." ujar Zane perlahan.

"Iyalah, takkan PM pulak..." sindir Tia. Kepalanya sedang kusut sekarang ini.

"You baru je cakap you sanggup bertanggungjawab if anything happen kan?" soal Tia.

Zane hanya mengangguk tanpa memikirkan maksudnya.

"I guess you kena bertanggungjawab sekarang."

Zane terus berpaling wajahnya ke arah Tia.

"Aku tak buat apa–apapun dekat kau." balas Zane dingin.

Zane cuba melihat sekeliling, entah apa yang dicarinya.

"Semua jalan mati. Jalan yang hidup hanya dekat depan je, kena lepas tiga roadblock tu dulu." ujar Tia sambil berpeluk tubuh.

"Dah tu kau nak kita kena tangkap basahlah?" soal Zane tidak puas hati.

Tia angkat bahu. Bengang pula Zane melihatnya. Tiga pak Imam itu makin hampir dengan mereka.

___________________

"Tak sekarang ni ustaz, kami tak buat apa–apa tau. Kalau tak percaya, cuba cek..." terhenti kata–katanya apabila terimbas sesuatu.

"Kamu nak kami cek CCTV?" soal pak Imam itu.

"Haaa..." Hilang terus akalnya apabila ditanya begitu.

"Tak kesahlah kamu buat sesuatu atau tak, orang yang berbeza jantina tak boleh duduk berdua!" Tinggi sahaja suara pak Imam itu.

"Iya saya tahu, it just an accident la ustaz." ujar Tia lagi.

"Kamu tahukan apa yang terjadi sekiranya satu pasangan ditangkap oleh JAIS?"

"Kahwin free?" teka Zane.

3 orang pak Imam itu memandang Zane dan Tia. Eh? macam tak kesah je dikahwinkan?

"Saya dengan mamat ni bukan bercintapun, kahwin atur–atur ni takkan bahagialah ustaz." terang Tia pula.

"Dah tu buat maksiat bahagialah?"

Tia terdiam. Memang dia tak buat maksiat, tapi perbuatan mereka tadi sama level sahaja dengan maksiat.

Tia sedari tadi, ustaz itu langsung tidak memandangnya ketika bercakap. Kenapa? muka dia macam beruk ke? monolognya sendiri.

"Ustaz, saya ni buruk sangat ke sampai ustaz bercakap pun pandang bumbung?" soal Tia tak puas hati.

Zane pandang Tia, lalu wajahnya diraup kasar. Dah namanya Tengku Tia Hanari, iaitu ratu seksi di Malaysia.

"Dah awak separuh bogel, buat dosa je saya pandang awak."

Bagai dihempas bebola besi panas, berat, panas dan sentap sudah sebati dalam dirinya.

Ya, dia memang seksi. Setiap kali berjalan, semua mata lelaki tertancap padanya. Semua menelan liur melihat Tengku Tia Hanari. Keseksiannya bikin keseksaan pada lelaki.

"Eh ustaz cakap tu biar elok sikit eh..."

Tia tak boleh menerima kenyataan, kata–kata ustaz itu terlalu kasar. Tapi iyalah, salah dia juga kerana berpakaian tak cukup kain.

"Dah, saya nak nombor keluarga kamu berdua."

"Tak boleh. I don't want to marry with him!" marah Tia.

SUAMI PALING ANNOYING!Where stories live. Discover now