"Aduhh!" Hana mengaduh.
"Sorry, saya tak sengaja." ujar Zane. Dia turut merendahkan badannya, lalu membantu Hana mengambil buku yang terjatuh.
"Errr, tak apa. Thanks tau?"
Hana memeluk bukunya yang sudah melebihi had bilangannya.
"Serius ni okay? ada apa-apa yang terseliuh? saya boleh bawa pergi klinik?" soal Zane risau.
"Eh tak apa, tak ada apa yang cederakan. Jangan risau eh." balas Hana.
"Okay, jap." Zane meraba poket lalu mengeluarkan telefon pintarnya.
Hana hanya setia menunggu.
"Ni nombor I, if anything happen. Let me know."
Hana hanya memberi senyuman nipis. Lalu mereka berdua meneruskan langkah untuk ke kelas masing-masing.
Tidak disangkakan, kelakuan mereka telah diperhatikan oleh seseorang. Gadis itu memandang geram melihat situasi itu.
_________________
"Assalamualaikum."
Tia pantas membuka pintu lalu dia berpeluk tubuh di hadapan Zane.
"Asal?" soal Zane.
Zane ingin masuk, namun dihalang oleh Tia.
"Dah kenapa kau ni? apa lagi aku buat?" soal Zane tak puas hati. Orang dah penat, dia halang-halang pula.
"Baru lepas date dengan Hana ke?"
Soalan itu menimbulkan rasa pelik pada Zane.
"Kenapa? kau nampak aku date dengan Hana ke?" soal Zane semula.
"Nampak!" Tia meninggikan suara.
"Sejak bila? sejak aku jatuhkan buku Hana tu ke?"
Tia terus diam membisu. Eh, dia perasan ke?
FLASHBACK
"Serius ni okay? ada apa-apa yang terseliuh? saya boleh bawa pergi klinik?" soal Zane risau. Padahal dia sudah tahu isterinya memerhatikan mereka tidak jauh dari situ.
"Eh tak apa, tak ada apa yang cederakan. Jangan risau eh." balas Hana.
"Okay, jap." Zane meraba poket lalu mengeluarkan telefon pintarnya.
Hana hanya setia menunggu.
"Ni nombor I, if anything happen. Let me know."
Zane masih setia berlakon. Dia mahu uji hati isterinya. Adakah hati Tia sudah tertulis namanya dalam hati. Atau hanya keinginan Zane sahaja.
___________________
Tia pandang tak puas hati pada Zane.
"Asal?" soal Zane.
"Oooo dengan Hana kemain lembut lagi you eh? pijak semut pun tak matilah!" ujar Tia seakan menyindir.
"Dah tu takkan nak layan dia kasar-kasar pulak?"
"Dengan Hana you lembut. Macam Romeo dengan Juliet. Tapi dengan I? you layan macam harimau dengan rusa!" bentak Tia.
Sakit matanya melihat layanan Zane kepada Hana. Baik sungguh!
"Apa bendalah kau merepek."
Dalam hatinya sudah terasa bahagia. Akhirnya sang isteri cemburu. Itu bermakna?
"Kalau you suka dekat Hana, kenapa kahwin dengan I? kenapa tak kahwin dengan Hana?" soal Tia tak puas hati.
"Jelous?"
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Romance"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...