Makanan yang sedia terhidang, Tia rasa sesudu. Nak pastikan lulus ke tak? Hotel mahal ni!
"Mmmm..." Dia cuba melumat rasa sambal udang galah. Selepas itu dia berhenti makan.
"Asal?" Tanya Zane, penat pula dia tengok Tia dari tadi merasa makanan. Perut dah lapar ni!
"Sedap." Jawab Tia. Bibirnya mula mengukir senyuman.
Baru saja Zane mahu mengambil seekor udang galah, ditepis Tia terlebih dahulu.
"Kejaplah. I nak ambil gambar."
Zane mengeluh lagi. Tadi rasa, sekarang nak ambil gambar! Perempuan memang macam ni eh?!
"Makan je lah. Aku dah lapar ni." Ujar Zane.
"Sabarlah." Marah Tia.
Sesudah mengambil gambar, baru Tia izinkan Zane untuk mengambil lauk.
Tia makan dengan penuh nikmat. Isi udang galah yang penuh dan lembut itu buatkan dia bertambah selera.
"Pandai you pilih hotel." Puji Tia.
Zane tersenyum kecil. Wajah isterinya yang sedang sibuk makan, ditenungnya dalam–dalam.
Comel pulak bila dia tengah makan. Omelnya dalam hati.
"Harini kita pergi honeymoon. For real. Okay?" Ujar Zane.
"Yeah, kalau perempuan tu tak ada lagilah." Balas Tia.
"Kau tak payah risau pasal dia, risau pasal kita je."
Tangan Tia digenggam erat. Belakang tangannya dielus lembut.
"Excuse me hubby, can you call me Sayang?" Soal Tia, sambil bibirnya dimuncungkan.
"Sayang, biy nak kiss sayang boleh?" Tanya Zane. Cepat aje kaki Zane disepak kuat oleh Tia.
"Sakitlah!" Marah Zane.
"Nak romantik tak kena tempat!" Marah Tia pula. Karang dipandang orang awam, apa pula kata mereka.
Mesti secara tidak langsung, wajah mereka akan berada di laman sosial. Dan akhirnya maklumat tu mama, papa, bonda, ayahanda akan tengok, naya nanti!
"Tadi suruh panggil sayang." Zane tayangkan muka menyampahnya pada Tia.
"Ingat Zane, our relationship. Keep it a secret. Jangan ada sorang pun yang tahu, boleh jadi masalah besar nanti." Pesan Tia.
"Kalau aku taknak?" Zane menduga.
"You tidur luar." Suaranya masih dikawal walaupun tengah marah.
________________
"Abang Am!" Jerit Adira di hujung talian.
"Kau dah kenapa, kalau pecah telinga abang, kau nak ganti ke?" Marah Amran, abang kandungnya.
"I hate her! Perempuan yang asyik berkepit je dengan Zane!" Bentak Adira.
"Come on, you to have to move on. Dia tak pernah ada crush dengan kau pun. Kau yang lebih ni kenapa?"
"Abang, Dira nak Zane. Macam mana dia layan Dira dulu, Dira nak layanan dia balik!"
Amran mengeluh berat. Tak habis–habis dengan Zane dia tu!
"Pergi tanya papalah. Bukan abang! Nak paksa–paksa hati orang kenapa? Kau patut bersyukur tau Zane tu dah rawat mental kau."
"Ab..." Panggilan terus ditutup. Mungkin dia tak tahan dengan perangai adiknya.
"Hish!" Kakinya dihentak kuat. Bantal yang ada dilayang ke pintu. Marah sangat tu!
"Tak boleh jadi, Zane milik aku sorang!" Rambutnya diserabaikan. Habis segala apa yang ada depan mata, dilambung jauh.
YOU ARE READING
SUAMI PALING ANNOYING!
Storie d'amore"Walaupun telah banyak hati yang I tawan. Tak ada siapa yang mampu tawan hati ini. Hanya I, I saja yang layak menawan hati jejaka-jejaka." Bicara Tia. Bagaikan api yang marak, akhirnya tumpas apabila bertemu dengan 'AIR' "Kau akan jatuh pada aku s...