Bab 1

149 5 13
                                    

Aku mengemas barang2 aku ke dalam beg sambil menunggu Yoongi datang.

Klak!

Pintu wad dibuka.

"Yoongi~" aku memanggilnya.

"Hmm... Dah?" Tanyanya sambil mendekati aku.

"Dah~" aku senyum ke arahnya. Baru saja aku nak menggalas beg tapi dihalang oleh Yoongi.

"Bak sini , aku bawakkan" katanya.

Lalu kamipun berjalan kaki keluar dari hospital.

"Wah~ Lamanya tak keluar!" Kataku sambil menikmati alam. Aku pun lari sikit2.

"Yah! Jangan lari... Kau tu baru sihat..." tegur Yoongi.

"Yelah~ Jangan mawrawh~" perliku.

"Kau dah ready nak balik dorm?" Tanyanya sambil kami berhenti di perhentian bas.

"Eh dah~" ucapku teruja.

"Bilik lama kau dah ada orang lain ambil tau... Kau kena pindah bilik lain" kata Yoongi selamba.

"Apa?! Alaaaaaa tak adil lah macam ni..." rengekku.

"Dah kau kat hospital lama sangat lepas accident tu , nak buat macam mana... 6 bulan kot kau hilang..." kata Yoongi lagi.

Ya , aku menghidap cervical hernia atau hernia serviks selepas kemalangan tu.
Ianya kecederaan pada belakang tengkok/ leher aku.

Selagi aku dapat gerakkan leher aku , maknanya aku ok. Tapi kalau leher aku sakit , satu otot pun aku tak dapat gerakkan. Aku akan lumpuh satu badan sekejap.

Kemalangan apa? Hmm... Kemalangan motor kena langgar kereta.

Waktu tu aku tumpang sorang kawan aku ni , naik motor , tapi tak kesampaian kami ke destinasi...

Dia meninggal dunia , aku pulak cedera berat.

"Habistu bilik baru aku nanti dengan siapa? Jangan cakap asrama dah penuh pulak" risauku.

"Takdelah... Kau ni... Mesti ada kosong punya." Kata Yoongi lagi.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

*Asrama akademi bintang korea*

"Hai~ Selamat Kembali , MoonHyejung!!!" Semua kawan2 aku menyambut kepulangan aku.

"Mak aih aku rindu gila kat korang!" Kataku sambil memeluk mereka semua.

Ya , mereka semuanya lelaki kecuali aku dan beberapa perempuan lain dalam akademi.

Jumlah lelaki lagi banyak sehingga asrama perempuan pun jadi asrama lelaki.

"Kesian ah kau kena jadi trainee lama lagi.." kata Hoseok.

"Eh takpe , dah nasib aku kan? Ha , mana bilik baru aku? Nak pindah ni ha" kataku sambil mengangkut beg aku yang berat.

"Yah! Aku kata biar aku yang angkat!" Yoongi merampas beg aku.

"Weyh kau terpaksa satu bilik dengan lelaki tau , bilik perempuan semua dah penuh , tambah lagi perangai kau macam jantan , takde diorang nak terima kau" kata Yoongi. Ayat tak boleh hina lagi ke?

"Eh kau... Mentang2 rambut aku dah pendek sekarang , kau ejek aku eh... Kuajak" aju menyiku perut Yoongi tapi lengan aku yang sakit.

"Ah... Aduh..." rintihku.

"Ish , itulah kau , tangan tu tak pulih lagi..." kata Yoongi.

"Bisinglah , cepat tunjuk mana bilik aku" kataku macam bosh hehe

Peluang Kedua || JJK FF || Malay FFWhere stories live. Discover now