☆KimTaehyung☆
"Weih , aku pakai kereta aku , kau pakai kereta kau , okay?" Kata Jimin.
"Kenapa pulak? Kita pergi sama-sama kan?" Tanyaku lagi sambik menggenggam kunci kereta.
"Aku beli ubat , kau beli bra dengan panty , amacam?" Kata Jimin.
"Yah! Mana boleh!" Kataku pulak sambil menghentak kaki.
"Boleh~ Kau kan selalu tengok dada perempuan , kau pandai2 lah beli eh~ Tata~" Jimin pun memandu keluar dari perkarangan rumah.
Kuajak punya kawan...
Aku pun pergi mall dan pergi ke kedai pakaian dalam. Tak lupa jugak aku pakai kaca mata hitam dan mask. Kalau fans aku dapat tahu aku pergi tempat tu mahunya aku kena siasat pd-nim.
"Encik , apa boleh saya bantu?" Tanya perempuan yang bekerja di situ.
"Umm... Saya nak beli bra and panty" kataku. Naik merah dah muka aku tapi nasib baik aku pakai mask , tak nampak lah betapa malunya ekspresi muka aku.
"Sila ke bahagian ni , encik" pekerja tu mengiring aku.
"Encik nak saiz berapa?" Tanya pekerja tu.
"S-Saiz?" Tanyaku tergagap-gagap sambil membuka kaca mata aku dan tengok dia dengan pandangan terkejut. Benda ni pun ada saiz ke?!
"Ya encik , encik nak beli saiz apa?" Tanyanya lagi.
Manalah aku tahu Hyejung punya saiz berapa.... Bodoh betullah Jungkook ni suruh aku beli barang perempuannnnnnnnnnnn.
Aku pun tanyalah pekerja tu "Awak rasa , kalau body macam penyanyi Hey J. tu saiz berapa? Sebab badan girlfriend saya macam dia" kataku tipu.
"Umm... Encik , setiap orang , saiz dadanya berlainan , saya tak pasti pulak Hey J. dengan girlfriend encik tu saiz berapa" katanya lagi.
HALAH HALAHHHHHH
"Umm... Kalau macam tu... Urm...." aku berfikir.
Aish , aku tak pernah usha pun dada Hyejung tu. SEBAB AKU BUKAN BYUNTAE SAMPAI TAHAP USHA KAWAN SENDIRI.
"Kejap eh" aku pergi ke luar kedai tu dan call Jungkook.
"Weyh, Hyejung saiz berapa?" Tanyaku.
"Apa benda yang saiz berapa?" Tanya Jungkook lembab.
"Eee.. Bra lah bodoh!" Marahku. Dahla aku malu nih... Makcik2 yang tengah shopping dalam kedai tu lain macam je tengok aku.
"Owh , kau beli yang XL" kata Jungkook.
"X-XL?! Badan kecik macam tu XL?!" Terkejutku.
"Ha ah... Cepatlah beli... Aku nak mandikan Hyejung ni..." kata Jungkook lagi.
"Macam2 lah kau ni" aku pun menamatkan panggilan dan masuk semula ke dalam kedai.
"Saya nak beli saiz XL" kataku pendek.
"Baik XL , Encik nak beli warna apa?" Tanya pekerja tu lagi.
HALAH HALAH TANYA WARNA PULAAAAAKKKK
"Warna apa2lah cik , bukannya orang nampak pun , saya nak cepat ni... Ha , dengan panty sekali ya.. Girlfriend saya tak berbaju kat rumah tu ha" tipuku sambil bercakap pun macam rapping.
"Eih... Tak berbaju katenye... "
"Untunglah awek dia dapat oppa badan segak camtu"
Aku dengar bisikan makcik2 yang tengah shopping kat sana.
Dasar makcik bawang benor
"Encik , sila ke kaunter untuk buat pembayaran" kata pekerja tu aku pun bayar dan laju2 keluar dari kedai tu. Aku pun berlari pergi masuk kereta dan buka mask.
YOU ARE READING
Peluang Kedua || JJK FF || Malay FF
FanfictionCerita mengisahkan HyeJung , seorang trainee dari ABK Ent. yang menjadi teman sebilik Jungkook setelah discharge daripada hospital. HyeJung mendapat peluang kedua untuk meneruskan perjuangannya dalam mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan penari...