Bab 13

48 3 5
                                    

Aku rasa sangat pening dan bangun dari tidur. Aku nampak siling kereta. Aku pun bangun dari baringan dan memerhatikan sekeliling aku.

Oh... dalam kereta cikgu rupanya...

"Kenapa? Baringlah" kata Jungkook.

"Tak sakit ke kaki awak? " tanyaku sambil memicit kepala.

"Dah lama dah sakit... Tapi saya tak kisah , awak baring je" Jungkook menarik aku baring di pangkuannya.

"Hyejung nak muntah ke? Nanti cikgu berhenti tepi jalan" pelawa cikgu.

"Takpa , cikgu..." kataku lagu menyambung tidur.

Dalam 20 minit kemudian ,

"Hyejung... Hyejung kita dah sampai..." aku dengar suara Jungkook membangunkan aku.

"Huh?" Aku membuka mata dan nampak muka Jungkook.

"Dah sampai..." ulangnya. Aku pun bangkit duduk dari baringan dengan pertolongan Jungkook.

"Hyejung dah okay?" Tanya cikgu lembut.

"Ne... sikit..." jawabku. "Aduh..." aku pegang kawasan perut yang sakit. Senggugut...

"Kenapa Hyejung?" Tanya cikgu.

"Takde..." kataku.

"Kamu period kan? Nak pil tahan sakit?" Tanya cikgu. Ya , cikgu aku perempuan😂

"Takpe... Saya ada bawak saya punya..." jawabku lemah.

"Awak ikut cikgu tau , saya nak ambil beg kita" Jungkook pun keluar dari kereta.

"Mari , Hyejung" cikgu mengiring aku ke hotel yang kami duduk nanti.

"Haaa , itupun Hyejung" kata cikgu Yoon sebaik sahaja aku dan cikgu Lee sampai.

"Nah , kad bilik Hyejung" Cikgu Yoon memberi aku kad.

"Kamsahamnida..." ucapku.

"Hyejung!" Jimin dan Taehyung mendekati aku.

"Oh , korang..." kataku lemah.

"Kau dah okay?" Tanya Jimin.

"Sikit..." jawabku.

"Jomlah , kitorang sama bilik dengan kau" kata Jimin lagi.

"Jungkook?" Tanyaku.

"Sama dengan kita , dah jom" Jimin memimpin tangan aku ke lif.

Taehyung hanya diam.

Masih marah ke? Hmm..

"Ah..." aku memicit kepala aku yang kian pening.

"Hyejung?" Jimin memanggil aku.

"Saya okay... Janganlah risau..." kataku.

Aku bertambah pening sebab lif ni... Aku rasa terhuyung hayang dan hampir jatuh tapi sempat Taehyung menarik aku.

"Woi , kau okay tak ni? Kalau tak ok cakap , tak payah berlakon kuat sangatlah..." kata Taehyung sambil memeluk bahu aku , bantu aku seimbangkan diri.

"Tae... Janganlah kasar sangat..." kata Jimin.

"Tch..." cebik Taehyung.

Sebaik sahaja sampai di tingkat bilik kami berada , Taehyung pun memapah aku sambil Jimin tolong angkat beg Taehyung.

Taehyung perlahan2 menolong aku baring di katil. "Kau rehat lah dulu... Nanti Jungkook datang" kata Taehyung lembut. Baru saja dia mahu beredar aku menarik tangannya.

Peluang Kedua || JJK FF || Malay FFWhere stories live. Discover now