"Hyejung-ah... Hyejung-ah..." aku dengar bunyi Jungkook membangunkan aku.
Aku pun buka mata. Jungkook yang dah sedia mandi wangi berada di depan mata.
"Bangunlah , harini ada kelas vokal... " katanya.
Aku pun bangun dan mandi.
Setelah aku bersiap , aku nampak Jungkook minum susu pisang atas katil.
"Kau nak?" Pelawanya.
"Nak~" ujaku lalu duduk di samping Jungkook.
"Nah , " dia menghulurkan susu pisang yang belum dibuka pada aku.
Tapi , sampai ja benda tu pada tangan aku , aku tak dapat memegangnya. Tangan aku seperti tak berfungsi.
"Eh , terjatuh pulak , nah" Jungkook mengambil kotak susu yang jatuh ke lantai tu pada aku lagi.
Aku cuba mengambilnya lagi menggunakan kedua-dua tangan aku tapi tiada guna. Kotak susu tu tetap jatuh dari pegangan aku.
"Awak kenapa ni , Hyejung? Tak sihat ke?" Tanya Jungkook lagi sambil mengambil kotak yang jatuh buat kali kedua.
"Tak jadilah saya minum..." kataku lalu berdiri dan berjalan ke katil aku. Aku menggalas sling beg aku dan baru sahaja mahu keluar dari bilik , tapi aku rebah.
"HYEJUNG!" Jungkook mendekati aku dan mengangkat kepala aku di pehanya.
"Weyh , awak okay tak ni?! Hyejung?!" Tanyanya cemas.
Aku rasa pedih pada belakang leher aku.
"Aduh..." rengekku.
"Tolong saya berdiri..." pintaku.
Jungkook pun membantu aku berdiri.
Aku melilitkan lengan aku pada lehernya.
"Awak nak pergi hospital ke? " tanyanya.
"Takda gunanya... Saya duduk kejap ya..." dia membantu aku duduk atas katil.
"Awak betul2 okay ke ni? Awak discharge dari hospital cukup tarikh ke tak?" Tanyanya.
"Mestilah cukup..." aku cuba merasakan kaki aku , otot aku rasa macam lembik... Macam penat sangat...
"Tolong ambilkan saya air boleh?" Tanyaku lembut.
Dia pun ambilkan segelas air letak atas lantai. Aku baru saja mahu bukak botol ubat tapi tak berjaya lalu Jungkook tolong bukakan.
"Berapa biji?" Tanyanya.
"Dua..." kataku. Dia pun menyuakan ubat tu dalam mulut aku dan tolong aku pegangkan gelas sambil aku minum.
"Dah telan?" Tanya Jungkook. Aku angguk sahaja.
"Ubat apa ni?" Tanya Jungkook sambil membelek2 botol ubat aku.
"Ubat tahan sakit..." jawabku. Tiba2 aku bad mood sebab dah susahkan Jungkook pagi2.
"Awak sakit apa sebenarnya?" Tanya Jungkook lembut sambil duduk di lantai , mendongak melihat aku yang duduk atas katil.
"hernia serviks..." jawabku.
"Ooo... Jadi tak boleh buat kerja berat lah ni kan?" Tanyanya lagi.
"Ya..." jawabku.
"Kenapa tak berhenti je? Awak jadi trainee kan banyak bergerak , menari menyanyi..." omelnya.
"Dah cita2 saya dari kecik..." ucapku.
"Hmm... Mana2 awaklah... Dah okay tak ni?"
Aku pun cuba berdiri dan mengangkat barang. Ya , dah boleh dh
YOU ARE READING
Peluang Kedua || JJK FF || Malay FF
FanfictionCerita mengisahkan HyeJung , seorang trainee dari ABK Ent. yang menjadi teman sebilik Jungkook setelah discharge daripada hospital. HyeJung mendapat peluang kedua untuk meneruskan perjuangannya dalam mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan penari...