Bab 2

69 5 4
                                    

"Hyejung! Kau tak bangun ke?" Bising Jungkook di telinga aku.

Aku pun buka mata dan perkara pertama yang aku nampak adalah Jungkook yang hanya berlilit tuala di pinggang.

Mata aku terbeliak dan aku bingkas bangun duduk membelakangi Jungkook sambil menutup muka menggunakan tangan

"Kau kenapa ni? Pergi mandi sana , " bisingnya.

"A-Awak pakailah baju dulu..." kataku malu.

"Kau ni dah kenapa malu sangat dengan aku? Badan kita sama je kut..." bebelnya lagi.

"Saya takkan bergerak selagi awak tak pakai baju" kataku.

"Haih... Yelah2 , aku pakai baju..." katanya.

Tak lama kemudian dia berkata "dah , tak payah nak tutup muka sangatlah , Hyejung..."

"Dah pakai ke tak bajunya?" Tanyaku.

"Sudahlah..."

Aku pun pusingkan badan dan buka mata. Ya , baju sudah lengkap pada badannya.

"Awak keluarlah dulu... Saya nak salin baju nanti..." kataku.

"Aku tunggu kau , takut kau tido balik ke apa ke... Dah , pegi mandi sana jangan banyak songeh pagi2 ni" bebelnya. Aku pun bergegas kumpul baju aku dan sorokkan bra dalam tuala.

Aku berlari anak ke bilik mandi yang pintunya takda kunci.

"JANGAN MASUK TAU!" jeritku dari dalam.

"Tak hamak nak masuk pun..." kata Jungkook dengan nada malas.

Aku pun buka baju dan melihat belakang tengkok aku pada cermin. Aku melihat kesan merah pada tengkok aku tu.

"Haih... Bolehke aku menari?..." aku tanya pada diri sendiri.

Sebab doktor pesan aku tak boleh buat aktiviti yang lasak sangat... Takut leher aku penat dan aku lumpuh.

"Dah ke Hyejung?! Takda bunyi air pun!" Bising Jungkook dari luar.

Laju aku buka shower dan mandi.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*slepas training*

Aku pun balik ke bilik aku dan Jungkook. Aku merebahkan diri atas sofa. "Penatnya..." ujarku.

Jam aku perhati... Jungkook belum balik lagi , bolehla aku buat hal aku lama2.

Tadi pagi mandi kambing je sebab dia. Skin care semua aku tak sempat apply!

Lalu aku pun buat lah hal aku kat bilik kitorang. Lama2 aku dengar Jungkook balik , laju aku simpan semua barang aku dalam beg.

"Eo? Dah lama balik?" Tanyanya pada aku. Aku angguk sahaja.

Aku nampak Jungkook buka bajunya depan aku. Dengan kelajuan sepantas kilat aku lari ke dapur untuk mengelakkan mata aku tengok benda haram. (Lah sangat , padahal suka) pft-

"HYEJUNG!!!" panggil Jungkook. Tapi aku buat2 tak dengar.

"MOON HYEJUNG!!!" panggilnya dengan lebih kuat.

Aku pun pergilah ke bilik semula.

Aku nampak Jungkook yang berbogel telanjang bulat , depan.mata.aku.

"Yah! Pakai lah baju dulu! Astaghfirullah!" Aku pusing belakang dan tutup muka guna tangan. Ni masuk 2 kali dah aku nampak dia telanjang.

"Ye aku tahu , tapi tuala aku mana?" Tanyanya.

"Tuala awak saya cuci tadi... Bau sangat..." kataku.

"Dah kenapa kau pegi cuci? Macam mana aku nak lap badan aku basah2 ni?" Tanyanya.

Peluang Kedua || JJK FF || Malay FFWhere stories live. Discover now