Bab 6

57 4 0
                                    

"Maaflah korang , aku tak dapat join korang jalan2 hari ni... Roommate aku tak sihat , takda orang jaga dia..." kata Jungkook di ruang tamu.

"La... Yeke? Hmm.. Takpalah... Kau ada nak pesan apa2?" Tanya Jimin.

"Takde.." jawab Jungkook.

"Roommate kau ada nak pesan apa2? " tanya Taehyung. Tak lama kemudian Jungkook masuk ke bilik tidur dan tanya aku.

"Awak ada nak pesan apa2? Taehyung dengan Jimin nak keluar tu" kata Jungkook.

"Saya nak donut boleh?" Tanyaku.

"Okay , weyh! Dia kata dia nak donut! Tolong eh?" Jungkook kembali ke ruang tamu.

"Okey , kitorang gerak dulu"

Selepas Taehyung dan Jimin pergi , Jungkook pun kembali ke bilik.

"Awak ambiklah duit saya dalam beg tu" kataku.

"Buat apa?" Tanya Jungkook polos.

"Bayar kat Taehyung dengan Jimin... Diorang kan tolong beli donut untuk saya..." kataku.

"Tak perlu , saya dah bayarkan" kata Jungkook.

"Susah2 je.. Thankiu tau..." kataku.

"Sama2... Awak dah ok sikit ke? " tanyanya.

"Saya dapat gerakkan jari saya dah..." kataku sambil menggerak2kan jari aku depan Jungkook.

"Selalu berapa lama awak nak pulih?" Tanya Jungkook.

"Tengah malam nanti okaylah kut... Selalunya sehari je" jawabku.

"Ooo... Kalau awak nak pegi tandas macam mana?" Tanya Jungkook.

"Selalunya Yoongi yang hantarkan... Kalau Yoongi takda , nurse yang hantarkan... Tapi tu kat hospital... Entahla saya tahan jelah hajat saya untuk harini" kataku sambik bermain2 dengan jari aku.

"Dapat ke awak tahan? Nak saya panggil kawan perempuan ke?" Tanya Jungkook.

"Saya mana ada kawan perempuan..." kataku lagi.

"Lagipun saya belum ada rasa nak ke tandas , janganlah risau..." kataku lagi menyedapkan hati Jungkook.

"Yelah... Kalau nak pergi bagitahu , nanti saya hantarkan... Awak tak payah malu dengan saya... Saya takkan ambil kesempatan... Saya lelaki budiman " kata Jungkook lagi. Tataeryn

"Yelah tu... Bogel pun depan saya , budiman apa nya" perli aku.

"Eih awak ni... Pasal tu pun masih ingat lagi... Awak buat2 lupa jelah ye?" Kata Jungkook malu.

Ha tahupun malu.

"Apapun , boleh bawak saya gosok gigi...?" Tanyaku.

"Hmm , yelah" Jungkook membawa kerusi ke dalam bilik air.

Lalu dia mengangkat aku ke bilik air dan meletakkan aku atas kerusi yang diangkatnya tadi.

"Aaa" Jungkook memberi isyarat suruh aku buka mulut.

Dia pun tolong gosokkan gigi aku.

"Dah , ludah" arah Jungkook. Aku pun ludah dalam singki sambil dada aku ditahan oleh Jungkook supaya aku tak terhantuk dengan pili air pada singki.

Jungkook pun menyuakan air ke mulut aku , aku kumur dan ludah.

"Dah? " tanyanya.

"Dah.." ucapku sambil Jungkook menyandarkan aku pada belakang kerusi.

Peluang Kedua || JJK FF || Malay FFWhere stories live. Discover now