Aku keliru , Hyejung...
Kau kata kau sayang aku...
Kau balas ciuman aku...
Tapi kau sebenarnya masih sayangkan Yeonjun kan?
Hyejung... Aku bukan alat untuk dipergunakan...
Sebab ni lah aku tak suka perempuan...
MOON HYEJUNG POV
*noraebang(bilik karaoke)*
"Hyejung... Monyok je ni... Taknak nyanyi sama?" Tanya Jimin.
"Jimin... Saya hairan lah Jungkook tu , tiba2 pulau saya..." aduku padanya.
"Pulau kau? Sejak bila?" Tanya Jimin lagi.
"Lepas je korang balik semalam , tiba2 dia tak layan saya... Saya macam bercakap dengan patung je..." aduku lagi.
*subway*
"Ni aku belanja... " kata Jimin seusai membayar burger.
"Terima kasih" ucap aku dan Taehyung.
"Ha , cuba kau fikir balik... Kau ada buat salah ke ape ke..." kata Taehyung pula.
"Saya rasa takde... Satu malam saya dok fikir..." ujarku sambil menggigit burger.
"Korang couple ke?" Tanya Jimin.
Perlahan2 aku geleng.
"Aku rasalah kan... Jungkook suka kat kau" kata Taehyung.
"Ha ah, ingat tak malam kita kat hotel tu? Dia tanya kau sayang dia ke tak , lepastu kau angguk..." kata Jimin pula.
"Ingat... Jadi kenapa?" Tanyaku bendul.
"Itu tanda2 dia marah sebab kau macam tak pedulikan perasaan dia" kata Taehyung lagi.
Aku pun fikir balik... Jungkook selalu kata nak jalan2 sambil pegang tangan aku...
Lepastu selalu kata pasal couple...
Lepastu selalu cium aku...
"Ke... Kau dah ada boyfriend sampai Jungkook jeles?" Kata Jimin membuat andaian.
"Eh mana ada" kataku pulak.
"Ex-boyfriend?" Tanya Taehyung pula. Laju saja muka aku bertukar sedih.
"Dah meninggal..." kataku lagi...
Walaupun aku dan Yeonjun not offically break up , tapi aku anggap kami dah takda hubungan sebab dia dah takda... Tapi Yeonjun tetap cinta hati pertama aku...
"Kau masih sayang dengan ex kau?" Tanya Jimin.
"Mestilah sayang..." kataku lagi.
"Tapi dia dah takda , Hyejung... Kau kenalah move on... Jungkook ada je tu , single and available hanya untuk kau~" kata Taehyung.
"Apa saya kena buat ni... Saya dah buntu" aku meletakkan muka dalam telapak tangan tanda mati akal.
"Hmm , aku ada idea" kata Jimin.
"Ape dia?" Tanya aku dan Taehyung serentak.
*Valentine Shop*
"Kau pilihlah apa2 sahaja untuk confess kat Jungkook" kata Jimin pula.
"Weyh gila , patutnya lelaki yang confess..." kata Taehyung sambil menghempuk kepala Jimin.
"Akh! Aish... Kita buat kelainan lah sikit... Kau ni... Kan Hyejung? Kau pun nak buat perkara berlainan kan?" Kata Jimin pada aku.
YOU ARE READING
Peluang Kedua || JJK FF || Malay FF
FanfictionCerita mengisahkan HyeJung , seorang trainee dari ABK Ent. yang menjadi teman sebilik Jungkook setelah discharge daripada hospital. HyeJung mendapat peluang kedua untuk meneruskan perjuangannya dalam mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan penari...