Siti Syawirah Qairah Hazowrah Aisyah. Pemilik nama kepada seorang gadis sunti berumur belasan tahun yang cukup panjang dan indah. Tapi sayang seribu sayang, nama tersebut tidak mencerminkan sifat peribadi gadis berkulit putih melepak itu.
Pemalas dan kaki lepak itulah perangai dan aktiviti sehariannya. Urat malunya seolah-olah sudah hilang begitu sahaja, walau namanya sering dijaja dan menjadi bualan di seluruh pelosok Kampung Merebau itu. Habis tercemar maruah kedua ibu bapanya angkara perangai anak bongsu mereka yang satu ini.
"Mulai hari ini, aku sebagai ayahmu mengharamkan kakimu untuk keluar rumah. Selangkah kakimu melangkah keluar dengan niat yang tidak baik, aku harap benda tu akan kacau kamu." tegasnya ucapan dan riak wajah lelaki separuh abad itu tidak menggentarkan Zowrah.
Baginya, inilah masa untuk enjoy tanpa mempedulikan mulut tempayan orang lain. Begitulah sempitnya akal fikiran gadis remaja itu.
Malam itu rumah mereka blackout. Dia sejak tadi bertekad untuk keluar dari rumah melalui tingkap. Kakinya sudah pun menjejak tanah. Tetapi anehnya, Zowrah merasakan ada sesuatu cecair yang sejak tadi menitis di atas kepalanya.
Kepala didongakkan ke atas dan alangkah terkejutnya dia bila melihat titisan itu adalah darah yang berasal dari penanggal yang baru sahaja membaham mangsanya. Suara jeritannya mengejutkan orang ramai sebelum segala-galanya menjadi gelap gelita.
* * *
"Alolololo...anak mama ni nak tidur." seorang gadis sedang mendukung patung bayi sambil mendodoinya.
Sesekali kedengaran suara gelak tawanya memenuhi wad gila itu. Itulah susuk tubuh Zowrah selepas kejadian tempoh hari, dia menjadi tidak waras dan bertindak lebih agresif. Ibu bapanya tiada pilihan selain membiarkan anak mereka ditempatkan di wad gila itu.
"Hahahaha...isk...isk...isk...jangan dekat dengan aku. Hahahahahaha...jangan ambil anak aku!" Zowrah berlari dan menyorok di bawah katil wad tersebut.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...