Hanani, itulah gadis berkulit putih melepak tapi sayang wajahnya buruk dan dipenuhi jerawat. Gelak tawa sinis dan menyakitkan hati sudah menjadi halwa telinganya.
"Ehh, muka dah macam jalan raya."
"Euw, gelilah. Bau busuk ni tak lain tak bukan mesti dari Hanani."
"Tak padan dengan kulit putih, wajah pulak hodoh. Kau pergi mampuslah."
Sejak dari itu, Hanani tekad hendak bertemu Mbah Seri, bomoh terhandal di kampungnya terutama dalam bab susuk ni.
"Pantang larang untuk susuk itu ialah kamu tidak boleh melihat wajahmu di cermin dalam tempoh 40 hari 40 malam. Jika kau gagal mematuhinya, memang buruk padahnya. Mbah tidak akan campur tangan lagi kalau kau degil dengan melanggar pantang ini."
"Baik, mbah."
Sejak itu, ramai orang mulai menyukai si gadis sunti bernama Hanani itu. Tapi sayang nasi sudah menjadi bubur, belum genap tempoh masa yang diberikan dia sudah melihat cermin. Dasar degil, keras kepala betul.
Wajahnya mula menjadi buruk dan berkedut seakan-akan dia lebih tua berbanding umur sebenarnya. Hanani menangis ketakutan melihat wajahnya sendiri. Sungguh sadis nasib Hanani, hendakkan rupawan tapi malang yang menimpa.
take noted! Janganlah tanamkan sifat suka body shaming orang lain, para pembaca sekalian. Buat benda terkutuk macam menyekutukan Allah tu sangatlah berdosa besar jadi fikir dahulu sebelum buat.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...