"Maya, ni ada orang bagi kau bunga ni. Nak letak mana?""Hah, bunga dari siapa? Kau buang jer zaman sekarang ni aku takut nak ambil barang dari orang yang aku tak kenal."
Maya Warissa. Gadis biasa dengan kaca matanya yang seperti Harry Potter. Namun begitu, sepasang lesung pipitnya sudah mampu mengugurkan iman para jejaka ditambah lagi bibir nipis merah merekah miliknya.
"Weyh, aku letak kat meja ni. Kau ni banyak sangat mengelamun. Assalamualaikum." teriak suara itu sebelum berlalu pergi.
"Aku tak mengelamunlah. Waalaikumussalam."
Itu Mika. Housemate merangkap kawan baik aku. Paling masuk air dan tak banyak kerenah. Itu sebab aku sayang dia ni ketat-ketat.
Bunga ros itu aku ambil dan campakkan ke dalam tong sampah. Huh, para buaya dengan trend lapuknya.
* * *
Malam itu, kesejukan mencengkam sehingga aku terpaksa memakai baju berlapis-lapis.
Mika sudah lama terbuai dalam mimpinya. Aku cemburu melihat wajah polos yang cantik itu. Serta-merta mataku tertangkap ke arah bunga ros telah aku buang tadi. Huh, mungkin Mika yang ambil balik.
Bunga itu kuambil dengan hati yang berbelah bagi. Durinya yang tajam berjaya menembus jariku sehingga mengeluarkan darah yang banyak.
Entah tarikan apa yang menolakku ke arah Mika dengan sangat laju. Duri bunga ros itu kurapatkan ke wajahnya.
"Arrgh...arg....agr...agrrh...." Mika meraung entah mengapa dia tidak mengelak dari duri itu.
Mulutnya yang ternganga aku berikan darah bekas tusukan duri tadi. Dia meneguk dengan rakus sebelum pisau berdekatan laci kusambar laju. Hujung kolar bajunya kutarik kuat lalu tusukan demi tusukan aku berikan. Arghh, aku gagal mengawal tindakanku ini bukan diri aku yang sebenarnya.
Tit...tit...tit...tit
Mataku terbuka luas. Otak menghadam apa yang telah terjadi.
"Astaghfirullahalazim." lantas bibirku beristigfar. Sungguh mimpi itu mengangguku.
Anehnya, perasaanku mengatakan mimpi itu seolah-olah betul. Mika kucari sebelum pandangan ku tertancap ke bawah katil. Dadaku berombak laju bila melihat Mika terkulai dengan isi perut yang terkeluar dan bersepah-sepah. Ini tidak mungkin aku yang lakukan. Arghh, tolong keluarkan aku dari mimpi ini.
Masih ada yang nak baca ke atau aku habiskan sampai sini sahaja. Aku minta maaf tak dapat update selalu sebab ada temujanji dengan homework. Well, student life never end without any homework. Please respon it as soon as possible. Bye!
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...