50 : Room tour

24 8 2
                                    

"Welcome back to Drz_Qashie channel. So, hari ini sangat istimewa sebab Qashie nak buat room tour. Korang pun banyak dm dekat ig dan request kat video sebelumnya. Tanpa membuang masa, let's do it." begitulah aktiviti seharian dari remaja perempuan berumur belasan tahun itu.

Kaki mula dihalakan menuju ke tingkat bawah namun hairan di situ dipenuhi dengan paku tekan dalam jumlah yang cukup banyak dan memenuhi hampir keseluruhan lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kaki mula dihalakan menuju ke tingkat bawah namun hairan di situ dipenuhi dengan paku tekan dalam jumlah yang cukup banyak dan memenuhi hampir keseluruhan lantai. Dia terus menghidupkan kameranya lalu berjalan di atas paku tekan itu tanpa rela. Entah, terasa ada sesuatu yang menolaknya untuk bergerak laju. Berkerut-kerut wajah putih sang gadis akibat kepedihan yang dirasainya.

Dia berhenti di hadapan pintu biliknya. Tangannya laju memulas tombol lalu terpampanglah pisau daripada pelbagai jenis dari yang berkarat, tumpul sehingga yang terlalu tajam. Dia tanpa rasa ragu terus masuk lalu pintu ditutup.

Pisau dari segenap ceruk terus tertusuk ke tubuh gadis malang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pisau dari segenap ceruk terus tertusuk ke tubuh gadis malang itu. Anehnya, entah dari mana banyak serangga mulai merayap ke atas tubuh gadis itu.

Setengah jam sebelum kejadian itu,

Ting!!!

From : mommy sayang ❤

Dear anak mommy yang comel,

Mommy ada dekat rumah Aunty Suzan ni. Jangan lama sangat lepak dengan kawan tu, balik rumah cepat tau nanti mommy nak bagi something sebagai ganjaran.


Qashie tersenyum lalu kepala dianggukkan seolah-olah pengirim mesej itu berada di hadapannya. Tetapi dia mungkin sudah mabuk dalam pengaruh alkohol sampai terlupa satu benda penting, ibunya telah lama meninggal beberapa tahun yang lalu.

Bagaimana nombor yang tidak aktif dan sim card yang sudah dibuang boleh menghantar mesej?

ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now