Sepupu Yayan ni sangat suka kucing. Tak silap aku, masa hari Khamis tu dia ada bawa kucing hitam. Kucing tu dia cakap dia jumpa dekat sebuah hutan simpan berdekatan dengan sebuah kedai. Aku pun peliklah, dekat hutan ada juga orang nak buat kedai. Nampak apa yang dia cakap tu tak sampai dek akal aku tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Malas juga nak bertanya lebih-lebih, kang dia kata aku ni sibuk sangat nak tahu urusan orang lain.
Hari pertama, gangguan tu tiba bila sepupu dia ni start demam dan meracau tak tentu arah. Hari kedua ni gangguan yang agak teruk pun mula berlaku, dari atas perut hingga lutut dia penuh dengan cakaran panjang sampai dia tak mandi sebab perit sangat.
Hari ketiga, family dia ni pun tanya sepupu si Yayan tu apa yang dia dah buat sebelum semua benda ni berlaku kat dia. Tak silap aku sepupu dia tu nama Yana. Budak Yana ni cakaplah apa yang dia dah buat. Family si Yayan ni fikir benda ni berlaku sebab berasal dari kucing hitam yang si Yana ni ambil.
Mereka pun berpakat mengembalikan kucing tu semula dan alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah, segalanya kembali pulih seperti sedia kala. Acik Nizam, pakcik belah ibu si Yana ni pandai mengubat so dialah orang yang tolong mengubatkan Yana.
Dengar khabar, sekarang sepupu kawan aku ni dah beransur pulih. Namun, sepupu dia tu jadi takut nak dekat dengan kucing sebab trauma dengan benda ni. At least, nasib baik dorang bertindak awal untuk buang benda tu daripada nak biar lama-lama sampai jadi teruk baru nak gelabah. Kau yang baca ni, jangan jadi macam Yana, baik jadi macam aku ni, tukang mendengar.
![](https://img.wattpad.com/cover/236084348-288-k215899.jpg)
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...