Pernah dengar kisah sebuah rumor yang beredar tentang makhluk asing? Makhluk asing itu sering dikaitkan dengan UFO. But, UFO membawa maksud Undentified Flying Object. Means, objek terbang yang tidak dikenalpasti atau diketahui.
Aeeman itu pemilik nama kepada seorang lelaki dewasa berumur lingkungan 20-an yang memiliki rupa yang tampan namun dia mempunyai perangai yang pelik iaitu suka mencari keberadaan hantu dan makhluk asing.
Ekspedisi mendaki gunung yang diikutinya itu menyebabkan dia tersesat disebabkan tujuan utamanya ialah untuk mencari dua benda yang sama sekali tidak diminati oleh semua orang.
Entah malang atau tidak, kakinya telah termasuk ke dalam lumpur sehingga dia tertarik secara perlahan ke dalam tetapi hujung tangannya sempat berpaut di tepi kapal berbentuk bulat yang datang secara tiba-tiba.
"Tol...long....se....selamm...selamatkan...ak....akk...aku." seseorang dari dalam menariknya sehingga dia dapat keluar dari lumpur yang dalam itu.
Anehnya, dia berada di tempat yang pelik dengan banyaknya makhluk aneh yang tak pernah terlihat olehnya. Dia dikurung di dalam sangkar besi yang nipis tetapi kuat.
Terdengar asahan pisau menyebabkan Aeeman redha dengan nasib yang menimpanya selepas itu. Keesokan harinya, dia dibaringkan di sebuah katil untuk pembedahan dengan banyaknya peralatan pembedahan yang aneh. Seperti tahu nasibnya, dia berdoa dan berdoa. Pisau bedah itu diangkat tinggi.
Kring!!!!
"Aeeman, bangun pergi sekolah. Satgi makan breakfast ni." teriak Puan Mawra, ibu Aeeman.
Aeeman bangun lalu menyumpah seranah mimpi yang dialaminya. Namun, di sebelah kiri perutnya terdapat kesan jahitan yang kemas. Aeeman menggaru-garu kepalanya pening dengan mimpi yang dialaminya samada benar atau tidak?
ANDA SEDANG MEMBACA
ALONE (COMPLETE)
Terror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...
