Matahari yang terik dan burung berterbangan bebas, Iman yang baru sahaja keluar dari pasar, menjinjit pelbagai barangan dapur yang dibelinya dengan wajah yang merah padam.
Tanpa sengaja, pandangannya terhala ke arah sebuah lukisan unik yang bernilai jutaan ratus ribu tersadai di tepi tong sampah kitar semula. Anehnya orang yang lalu lalang tidak ada yang mengutipnya. Dia segera bergerak mengutip lalu membawanya pulang.
"Wah, Iman banyak duit kau dapat beli lukisan cantik macam tu. Mesti harga pun kemain tinggi." ujar Kak Mah, jiran sebelah rumahnya.
"Hahahaha...ada rezeki lebih, kak." Iman menayang sengih.
Tangannya membuka pagar rumah. Bingkai gambar lukisan itu digantung di ruang tamu miliknya dan semua lukisan atau gambar yang bernilai murah dicabutnya. Materialistik sungguh.
* * *
Malam mulai melabuhkan tirainya. Entah mengapa, tekak Iman sangat kering sehingga dia memutuskan untuk menuju ke dapur bagi meminum seteguk air.Sampai sahaja dia di ruang tamu yang berdekatan dengan dapur dia sangat terperanjat. Ruang tamunya agak bersepah dengan banyak titisan darah dan cebisan daging yang berasal dari seekor anjing yang terburai isi perutnya. Lukisan yang tadinya tergantung elok kini berdiri tegak di atas meja.
Tanpa tertangguh-tangguh, malam itu juga dia mengembalikan lukisan itu ke tempat asalnya. Pasti lukisan itu menyimpan sejarahnya sehingga sesiapa yang mengambilnya akan mendapat pelbagai musibah dan gangguan.
Keesokan harinya,
Matahari mulai timbul menandakan waktu pagi sudah tiba, jejaka dalam persalinan t-shirt kelabu dan berseluar jeans itu melangkah keluar dari rumah usang miliknya. Perut boroi itu sudah mula mendendangkan lagu rock meminta untuk diisi oleh si pemilik jasad.
"Ish, tak boleh jadi ni. Mana aku nak cekau duit makan."
Tiba di persimpangannya rumahnya, matanya menangkap sebuah lukisan unik yang tersadai di tepi jalan. Tangan itu terasa gatal hendak membawanya pulang lalu dijual. Terbayang limpahan wang yang akan didapatkan hasil daripada menjual lukisan antik itu. Takkan nak menolak tuah, angkut sahajalah.
Nampaknya, dia sudah menemui mangsa baru.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...