Cinta kita satu untuk selamanya akan kekal bersama walaupun nyawa menjadi taruhan.
Qaer dan Qaira. Pasangan yang sudah selamat diijabkabulkan. Mereka meniti kehidupan bahagia sebagai sepasang suami isteri bersama-sama.
Selepas enam tahun bersama, entah mengapa perangai Qaira semakin berubah. Selalu keluar lewat malam bersama-sama lelaki.
"Qaira, abang tak suka awak selalu keluar dengan lelaki. Mana maruah awak dan janji manis dahulu, untuk setia sebagai seorang isteri hanya untuk abang?" sedaya upaya suara dilembutkan sebagai cubaan untuk menambat hati isterinya.
"Alah, you ni. I nak have fun dengan kawan I. Bukannya I buat apa-apa pun. You jer selalu nak kongkong I dekat rumah ni." Qaira mendengus.
Malam itu, Qaira keluar bersama seorang lelaki tua berpangkat Dato. Qaer menghentak stereng kereta dengan wajah yang merah padam.
Di rumah,
Qaer mundar-mandir di ruang tamu rumah mereka. Terlintas satu idea gila di otaknya untuk memberi pengajaran kepada isterinya. Dia pun mulailah menyusun rangka bagi melaksanakan strategi tersebut, dia bergegas menuju ke ruang bawah tanah rumah itu.
"Kenapa rumah ni macam gelap semacam jerr lelaki tu tak bayar elektrik ke ni?" bebola mata Qaira meliar mencari kelibat suaminya.
Tanpa sengaja kakinya terpijak satu sejenis cecair yang sangat licin di lantai rumah itu sebelum menerima satu tikaman tepat di menembus organ utama yang memang sengaja disasarkan.
"I miss you but I'm so sorry for do this. Thanks for make the piece of my heart broken. As your wish, only us in our new world. " hujung pisau yang dipenuhi darah itu dibenamkan masuk ke dalam perutnya sebelum ditekan lebih dalam. Qaira yang dalam nyawa-nyawa ikan dipeluk erat.
"By...bye...wor...worl...worl...world..." rebahnya anak Adam dan Hawa dalam pengakhiran yang menyedihkan. Cukuplah ia menjadi tanda setianya cinta mereka yang dikotori oleh orang ketiga.
![](https://img.wattpad.com/cover/236084348-288-k215899.jpg)
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...