Ada satu malam tu, semua dah tidur tinggal Qaim seorang sahaja yang masih setia menjadi burung hantu. Entah mengapa dia tidak dapat melelapkan matanya setelah pulang dari sekolah tadi. Fikirannya melayang-layang teringatkan kisah seram yang diceritakan oleh Amani, budak perempuan yang selalu ditemui di dalam tandas lelaki.
"Amani, kau ni salah jantina ke apa? Ni tandas lelaki tahu tak aku ulang tandas L-E-L-A-K-I." perkataan lelaki ku'eja' satu persatu. .
"Ehh, tak Aman tinggal kat sini. Ni rumah kekal Aman." ujarnya yang membahasakan dirinya sebagai Aman singkatan daripada Amani.
"Ada pulak macam tu mengarutlah kau ni. Hati-hatilah, kang pelajar lelaki sekolah sini jumpa kau dorang buat benda tak elok dahlah kau tu ketot senang jer nak kena kacau. Aku ciao dulu, ada apa-apa roger jerr, bye!!!. " aku terus berlari ke kelas tanpa memandangnya lagi.
Amani melihat susuk tubuh yang tinggi dan berbadan sedikit tegap itu berlari meninggalkannya.
"Jumpa lagi awak itupun kalau saya masih ada," bisiknya perlahan.
Sesi akhir persekolahan pun tiba,
"Aduh, time ni jugalah perut aku nak sakit. Man, aku pergi tandas dululah."
"Alright, bro. Aku gerak dulu tau nanti kau balik sorang-sorang sebab aku tak boleh tunggu. Biasalah, mak aku suruh balik awal hari ini. "
"Ai, ai, Captain Syazman. " tabik hormat kuberikan kearahnya.
Pantas aku berlari laju menuruni tangga dengan perut yang memulas-mulas sejak tadi. Mungkin sibuk sangat menelan sampai aku Tsalah makan agaknya. Entah bala berasal dari mana bila aku nak buk...
"CAKKK!!!"
"Oh, mak lu jatuh cempedak terbang." aku melatah teruk dengan mata yang terjengil memandangnya.
Amani hanya menunjuk tanda peace dengan wajah yang sengaja dibuat-buat comel tapi dia memang comel pun.
"Shuhh...ketepilah. Orang nak buang air besar ni, ada juga yang aku smackdown dalam tandas ni. Kau jangan berani or memasang niat nak intai tau." tubuh kecil itu kutolak perlahan. Maaf Aman hal darurat sangat ni.
BURSH!!!
Aku keluar dari tandas setelah selesai membuang hajat. Amani kulihat sedang duduk di atas singki itu dengan wajah yang muram. Aih, makin pelik budak kecik ni.
"Oi, Aman kenapa masam ni? Tak nak share dengan aku yang kacak ni ke?" bergema suara aku di dalam tandas, nasib waktu tu hanya kami berdua sahaja yang berada di situ.
"Ouhh, Aman teringat kisah seram kat sebuah sekolah ni. Di awal bulan Januari tahun lepas, ada satu budak ni nama dia Damia. Damia ni selalu dibuli dan diugut oleh rakan sekelas dia sampai satu hari tu Damia dipukul sehingga bengkak satu badan. Anehnya, cikgu tak masuk campur mungkin sebab bapa kepada budak tu orang yang berpengaruh dan penyumbang terbesar dalam sekolah. Damia ni lari dan menyorok dalam bilik air lelaki. Entah malang apa yang menimpanya, dia dirogol oleh abang senior yang terkenal dengan sifat gangsternya. Lepas itu, Damia ditinggalkan dalam keadaan dia separuh bogel. Pakaian dia koyak rabak dan dia malu nak hadap sesiapa masa tu. Dia memang berputus asa dan kecewa akan apa yang berlaku sehingga nekad untuk membunuh diri dengan menghancurkan kepalanya dengan cara dihantukkan ke dinding bilik air tersebut."
"Lepastu, apa yang berlaku dekat Damia dan orang yang buli dia tu?" air liur kuteguk perlahan. Makin bermaharajalela pula kes buli di muka bumi ini.
"Satu sekolah tu kena serang dengan tebuan yang berjumlah cukup banyak tetapi hanya pembuli dan cikgu yang tengok Damia dibuli tu jer yang masuk hospital. Dahlah, awak balik sana. Badan dah bau semacam nanti mak awak marah pula balik lambat. Selamat tinggal, Qaim. Terima kasih untuk semuanya." Amani terus berjalan masuk ke salah satu tandas. Qaim terpingga-pingga mendengar ucapan gadis itu.
Aku masih termanggu di situ sebelum menghela nafas yang panjang. Cerita ini seolah-olah tergantung begitu sahaja seperti ada yang dirahsiakan oleh Aman. Hurm, mungkin hanya sekadar perasaanku sahaja.
Qaim memutuskan untuk pulang sambil bersiul-siul kecil.
Dia masih terfikir akan kisah seram itu. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12:00 tengah malam. Dia sudah menguap sejak dari tadi lagi, Qaim terus berbaring di atas tilam kerana esok dia masih perlu ke sekolah lagi.
Keesokan harinya...
Satu sekolah dihebohkan dengan penemuan mayat di dalam tandas lelaki. Mayat yang sudah lama itu ditemui dengan tengkorak kepala yang sudah retak.
Qaim yang pada mulanya mengantuk, terkejut mendengarkan berita itu sebelum turun menuju ke arah tandas bersama-sama kawannya.
"Eh, Man. Mayat siapa tu? Siapa yang jumpa mayat tu? Asal tengkorak kepala dia boleh retak?" badan Qaim berpeluh dengan jantung yang sangat kuat kerana berlari laju menuju ke kawasan tandas.
"Ish, kau ni kalah wartawan kau tahun dak. Tak silap aku nama dia Damia Amani. Dia ni mangsa buli dekat sekolah pada beberapa tahun yang lalu tapi mayat dia tak dijumpai. Inikan kisah yang senior selalu turunkan kepada junior takkan kau tak tahu??? Sampai part budak Damia ni maybe terlalu stress tu yang dihantukkan kepala dia ke dinding sampai pecah. Abang Mat, tukang kebun tu yang jumpa mayat dia dekat atas tandas hujung yang berkunci tu. "
Jawapan Man buat aku terkedu. Damia dan Amani? Ni bukan cerita yang Amani cakap dekat aku kemarin tu ke? Apa semua ni?
Qaim menyerabutkan kepalanya. Ini semua tak masuk akal. Dia ternampak bayang yang cukup dikenali iaitu Amani di hadapan tandas dengan riak wajah yang sedih seperti menunjukkan ini adalah hari terakhir mereka bertemu.
Kelibat itu hilang bersama lambaian tangannya. Qaim hanya mampu tersenyum pahit mungkin inilah kisah disebalik ketergantungan cerita Amani. Mungkin sudah tertulis itulah takdir Amani dan dia redha akan semuanya. Kita yang hidup perlu teruskan hidup kerana bunuh diri itu menyebabkan semua amal ibadat kita tidak diterima dan disumbat ke dalam neraka. Nauzubillahminzalik, semoga segala bala bencana dijauhkan daripada kita semua. Aamiin Ya Rabbal Al Aamiin.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Terror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...