48 : Curtains

28 9 1
                                    

(Contoh design langsir)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Contoh design langsir)


Anda mencari langsir???

Anda menemui tempat yang tepat. Di sini kami menawarkan langsir import buatan negara Skylocetra yang indah dan menawan. Pastinya anda tidak akan menyesal berkunjung ke sini.

Langsir import yang sangat indah. Warnanya merah menyala seperti dicampur darah manusia. Renda yang panjang seperti rambut ikal mayang manusia. Kainnya cukup lembut selembut kulit manusia.

Corak abstrak yang indah dan utuh laksana tulang manusia. Pengikat langsir yang licin dan bergulung seperti usus manusia. Itulah jenama keluaran sebuah syarikat terkenal di seantero dunia.

Mereka mencari banyak mangsa bagi mencukupkan stok bekalan mereka. Adakah anda ingin mendaftar? Hahahaha, jangan takut itulah dia lumrah di negara ini. Di mana golongan bawahan ditindas oleh atasan mereka yang gilakan kuasa dan berlumba-lumba mencari kesenangan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

"AHHHHHH!!! LEPASKAN AKU."

"Kau datang ke tempat yang tepat, budak. Selamat menikmati service kami." lelaki bermata biru hazel itu tersengih menampakkan giginya yang tersusun indah. 

"ARKKKK!!! MARCO, KAU MEMANG IBLIS. AKU BERSUMPAH ATAS NAMA DEWA KEMATIAN, SELURUH KETURUNAN KAU AKAN RASA SITUASI YANG SAMA SEPERTI MOYANG LAKNATULLAH MEREKA LAKUKAN SAAT INI. TUNGGU, MASAMU AKAN TIBA...ARHHHHHHH!!!"

Sadis, jantung sudah berhenti mengepam darah. Jasad itu terkulai sebelum dilemparkan ke sebuah tong hitam yang berbau kuat dan menyengatkan.

Sengihan Marco mati.

Nampaknya, haiwan belaan Draza sudah menggila. Kini, mata mereka tak lari dari menatap Marco dengan air liur yang tidak berhenti mengalir melihat mangsa di hadapan mata.

"PEMILIK KILANG LANGSIR TERKENAL D'MARCO TELAH DITEMUI TEWAS DENGAN BEBERAPA BAHAGIAN TUBUHNYA YANG DIROBEK OLEH SESUATU DAN BERPECAH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN. PADA MULANYA, PIHAK POLIS SANGAT SUKAR UNTUK MENGENAL PASTI MAYAT BELIAU. FBI BEKERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN DAN BERHARAP ORANG RAMAI TAMPIL UNTUK MEMBERIKAN KETERANGAN..."

"Huh, Marco yang bodoh. Kau berurusan dengan orang yang salah. HAHAHA!!!" tangan Draza mengusap kepala haiwan belaannya.

















ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now