Keluarga kecil Lyn terdiri daripada 4 orang adik beradik. Salah seorang daripada mereka mempunyai kembar yang bukan terdiri daripada golongan manusia. Itulah kembar abangnya daripada jelmaan haiwan.
Lyn tidak senang duduk. Beberapa hari yang lalu, dia telah kehilangan telefon pintar padahal tiada siapa yang berniat untuk mem'prank'nya.
"Aduh, macam mana nak buat homework kalau semua benda ada dekat dalam benda alah tu." dengus Lyn dengan wajah yang memerah. Panas di dalam hati usah dikata.
Pelik bin hairan, bila dia menjumpai telefon pintar itu di bawah ampaian baju setelah hilang tempoh hari yang lalu. Dia masih bingung mengenai hal ini, adakah benda ini berkaitan dengan kembar abangnya yang cuba untuk mengusiknya?
Kejadian itu meninggalkan persoalan bagi seorang Lyn. Bukan itu sahaja sebelum ini banyak kehilangan barang yang selalu berlaku walaupun tiada siapa menyorokkannya. Lyn kini membesar menjadi seorang yang baik dan hidup aman walaupun gangguan itu kadang-kadang berlaku walau tidak extreme seperti dahulu.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...