Hari ini hari Sabtu. Zien pergi ke pasar untuk membeli sayur-sayuran yang dipesan oleh ibunya. Habis sahaja dia membeli sayur bayam dan sawi, dia berjalan melalui sebuah jalan yang sunyi sepi.
Entah bagaimana, ada seorang apek dari arah bertentangan yang menegurnya di pertengahan jalan.
"Lu tak mau ka sama ini kaca mata. Barang manyak baik ma kalau lu pakai. Tambah ong, ma." apek itu tiba -tiba menghulurkan kaca mata bercorak unik itu kepada Zien.
Zien pun apalagi terus ambil dan ucap terima kasih. Tak sabar rasanya nak guna lagipun dia ni suka akan barang yang nampak unik.
Grill pintu rumahnya dibuka lalu dia berjalan menuju ke arah dapur. Di situ, ibu Zien sedang sibuk memotong bawang dengan mata berairnya.
"Mama, zhèxiē shì māmā diǎn de shūcài (ini sayur-sayuran yang ibu pesan). Ada baki dia, ibu simpanlah." beritahu Zien perlahan.
"Hǎo de xièxiè (Ok, terima kasih). Baki dia tu simpan dekat dompet mama." balas Puan Mei tanpa menoleh.
Zien bergegas ke menuju ke bilik ibunya. Syiling itu dimasukkan ke dalam dompet merah milik Puan Meyra. Dia melangkah keluar hendak menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.
Tubuhnya dijatuhkan ke atas katil empuk itu. Otaknya berfikir untuk mencuba memakai kaca mata itu. Dari luar kotaknya sahaja sudah menampakkan kaca mata itu memiliki nilai sentimental yang tinggi.
Kaca mata itu dipakainya. Anehnya, penglihatannya menjadi baik walaupun kaca mata itu tidak memiliki sebarang bingkai kaca. Sebelum ni, mata dia tidak dapat melihat objek jauh dengan terang. Ya, dia memiliki rabun jauh yang membataskan penglihatannya.
Dia dapat melihat burung berterbangan dengan riang. Entah bagaimana dia turut dapat melihat makhluk yang tak kesat oleh manusia. Di hujung biliknya terlihat susuk tubuh kecil sedang memakan sesuatu dengan lahap. Yucks, rupanya benda itu tengah makan pad wanita.
Hari demi hari, aku sudah mula terbiasa memakai kaca mata pelik itu dan dapat melihat pelbagai jenis lagi makhluk halus yang terkadang memiliki wajah mengerikan dan menakutkan. Ada yang tergantung di pokok, di belakang orang dan lebih banyak di tandas dan tempat - tempat kotor.
Aku ketakutan bila 'mereka' mengetahui bahawa aku dapat melihat dan mengetahui kewujudan mereka angkara kaca mata itu.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...