62 : Planned death

19 8 0
                                    

2 minggu, 14 hari. Itulah masa singkat untuk kematian Wiyen yang dirancang. Mereka tersenyum sinis melihat kotak kurungan lutsinar yang berbentuk bulat itu.

Tubuh kecil itu mengerekot di dalamnya. Paha dirapatkan ke perutnya lalu dipegang erat seolah-olah menahan agar kesejukan itu tidak tembus ke kulitnya. Bibir pucat lesi dengan mata kosong yang memandang ke luar.

Kadang dunia tidak adil untuk semua orang. Itulah yang dirasakan ketika itu, dua orang makhluk pelik yang datang menculiknya tempoh hari benar-benar membuatkan dia trauma kerana diperlakukan seumpama boneka hidup.

Kadang disuruh makan kotoran, najis manusia dan minum air kencing sendiri. Jika Wiyen menolak, tamparan padu dari tangan besi seberat 3kg itu akan menjadi habuannya.

Baru sekarang dia tahu. Mereka menjadikannya alat uji kaji untul menghapuskan manusia yang sering berbuat kerosakan.

Lepas kematiannya, dia harap manusia akan lebih tahu erti menjaga keindahan bumi dan tidak sesuka hati merosakkan ciptaan indah Tuhan yang terdapat di dalamnya.

ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now