73 : Spirit forest (2)

23 6 0
                                    

Sebagai seorang penulis kisah psycho dan seram, Aqwan ni selalu join trip pergi ke tempat-tempat berhantu bersama kawan dia. Dalam trip kali ini, mereka pergi bertiga iaitu Wen, Zafar dan Aqwan sendiri. Mereka bertiga pun pergi ke sebuah hutan yang diberi nama Hutan Roh. (sila rujuk Lonely bab 36)

Hutan ni dipenuhi pokok yang mempunyai daun yang rimbun sampai terlalu sedikit cahaya matahari yang dapat menembus masuk ke dalamnya. Ditambah lagi suasana yang sunyi sepi dan peralatan canggih seperti GPS (Global Positioning System) tidak dapat digunakan dan tiada line sama sekali.

Bila sahaja kaki mereka melangkah masuk, angin kuat mulai menerpa. Entahlah mungkin hanya perasaan Aqwan sahaja. Di setiap pokok dia seolah-olah dapat melihat dan membaca sesuatu yang berbunyi. "Dia pembunuh kami, lari ini bukan tempatmu."

Keningnya mula bertaut. Dia ingin memberitahu perkara ini kepada kawannya namun semuanya berubah bila dia terdengar jeritan Wen. Dia pun bergegas dan ternyata sesuatu yang mengejutkan nampaknya menjadi pertanyaan buatnya. Wen mati dalam keadaan kulitnya seolah-olah dicakar sesuatu dan lehernya patah teruk. Kakinya hilang sebelah dengan jari tangannya yang kelihatan bengkak.

"Dah puas tengok karya aku. Lepasni giliran kau pulak." suara yang berasal daripada seseorang atau lebih tepatnya daripada Zafar itu mengejutkannya.

Lelaki dalam persalinan t-shirt putih itu berlumuran darah dengan pisau tumpul yang dipegang erat. Sesekali bibirnya menjilat tangan dan tepi bibir yang comot dengan darah.. Sungguh Zafar kelihatan tidak waras dan psycho. Aqwan terkedu dan ingin berlari laju daripada kawasan itu namun kakinya seolah-olah tergam di tanah tersebut.

Setapak demi setapak kaki Zafar mula menghampiri. Hingga akhirnya dia dapat melihat tapak kaki itu berhenti tepat di hadapannya. Namun sebaliknya terjadi, Zafar jatuh terbaring dengan mata terbelalak dan ulat yang berlumba-lumba ingin keluar memenuhi mulut jejaka itu. Aqwan yang memang sedia ketakutan bertambah takut tetapi menggagahkan dirinya untuk keluar dari hutan puaka itu. Mungkin ini adalah kali terakhir dia akan masuk ke tempat seram seperti hutan itu lagi. Hal yang ini membuatkannya trauma dan demam panas selama beberapa minggu.

Sungguh orang yang selama ini rapat dengan dia rupanya mempunyai penyakit mental. Misteri kematian itu mendapat liputan daripada wartawan dan penulis majalah seram tetapi dia menolak keras untuk memberikan kenyataan. So, nak berkawan itu boleh tapi lebih baik jika kita mengenali serba sedikit latar belakang keluarganya takut ada sesuatu yang menunggu kita di masa akan datang.

ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now