57 : Starting from a dream

16 7 2
                                    

"Ohh, gadis itu namanya Qaisara. Orang kampung di sini memanggilnya Sara. Tinggal di hujung Kampung Cempaka tu."

7 : 00 AM

Titt...titt...titt...tittt...

Sepasang tangan bergerak mematikan jam penggera itu. Aduh, jam ni buat hal lagi orang nak tidur kacau betul.

"Qaisara...Sara..." nama itu tiba-tiba muncul di benaknya. Dia baru sahaja bermimpi pasal gadis yang tidak dikenalinya itu.

Dia bergerak menuju ke bilik mandi. Niatnya hanya satu ingin ke Kampung Cempaka untuk bertemu Sara, gadis yang hadir dalam mimpinya sejak kebelakangan ini.

Terdapat sign board yang mempunyai tulisan yang sudah pudar bertulis SELAMAT DATANG KE KAMPUNG CEMPAKA.

Jejaka yang merupakan pemilik nama kepada Nik Kyanizer Ferruz bin Nik Kyraze itu membelokkan kenderaannya menuju jalan lama berdasarkan ingatan dalam mimpinya.

Akhirnya, kereta Lamborghini itu tersadai di sebuah rumah usang dan dipenuhi daun kering yang jatuh berguguran di hadapan rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, anak datang ni nak cari siapa?" terpancul seorang wanita separuh abad di hadapan pintu kayu itu.

"Nama saya Kyanizer tapi boleh panggil saya Kyan. Saya datang ni nak jumpa Qaisara. Dia ada tak?" riak wajah wanita itu berubah kelam.

"Jemput masuk, nak. Kita bincang dekat dalam." pelawa wanita kepada Kyan.

Di dalam rumah, 

"Nama aunty ni Maria, boleh panggil Aunty Ria. Aunty ni ibu kepada Qaisara tapi Sara tu dah lama dah meninggal dalam 5 tahun yang lalu. Dia meninggal sebab terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia dekat tempat kejadian." ujar Aunty Ria dalam nada sebak.

Kyan yang sejak tadi mendengar hanya tunduk memandang lantai. Rupa-rupanya, orang yang hadir dalam mimpinya selama ini telah lama meninggal dunia.

"Maaf aunty saya tak tahu. Takpalah, kalau macam tu saya balik dululah. Ni ada sedikit buah tangan untuk aunty. Assalamualaikum." panas punggung Kyan duduk lama dekat situ,  risau pun ada sebenarnya.

"Waalaikumussalam." tangan sejuk wanita sebaya ibunya itu dikucup perlahan.

Langkah kakinya sudah diatur laju menuju ke arah keretanya.

Seorang lelaki yang baru balik dari kebun, menegurnya dari belakang.

"Assalamualaikum, anak muda. Kamu ni dari mana dan buat apa datang dekat rumah usang tak berpenghuni ni. Tiada siapa pun tinggal dekat situ lepas si Ria dan anaknya, Sara tu meninggal dunia." ujar lelaki itu.

Masha Allah, dugaan apalagi ni. Aku dah penat sangat. Suasana sekeliling Kyan mulai berubah kelam sebelum dia jatuh terjelopok ke tanah.

ALONE (COMPLETE)Where stories live. Discover now