"Sop, kenapa kedai kamu dekat hujung kampung tu selalu tutup? Aku dah lama tak pekena nasi lemak kau yang sedap tu." soal salah seorang penduduk Kampung Berlencak.
"Ehh, takdalah setiap hari saya buka. Kedai tu memang tak pernah ditutup kecuali kalau saya ada emergency atau hari perayaan." dahiku berkerut. Pelik, pelbagai soalan yang menerjah mindaku pada ketika itu.
"Aku ni tak berniat nak main-main atau sengaja nak takutkan kamu, Usop. Tapi betul kedai tu memang tutup lama sangat. Kau pun tahu aku ni selalu singgah kat kedai tu, tup-tup kedai tu gelap dan semua kerusi tersusun elok kat atas meja. Hairan juga aku sebab kamu takda pun maklumkan dekat orang lain kalau kedai kamu tutup lagi-lagi untuk waktu yang agak lama macam sebelum ni."
"Ouh, tak tahu juga saya. Ada something yang fishy berlaku ni nanti saya siasat. Saya kena gerak dulu ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Bawa motor tu perlahan jangan nak merempit pulak, Usop."
"Ishh, Pak Abu ni. Hah, yelah." Usop lantas bergerak laju menuju ke arah kenderaan miliknya.
Haih, aku ni bukan tak nak percaya tapi memang semua orang akan tanya benda yang sama pasal kedai makan aku tu. Aku memang rungsing betul dengan semua ni.
Mungkin inilah takdir yang Allah tetapkan. Di pertengahan jalan, aku bertemu dengan seorang lelaki dalam persalinan jubah dan kopiah. Dia secara tiba-tiba menegurku lalu memberitahu sesuatu.
"Terima kasihlah, tok sebab tolong saya. Sungguh saya pun tak tahu nak rujuk dekat mana dah."
"Alhamdulillah, kau patut bersyukur, Usop. Mungkin aku ni menjadi asbab di dunia fana ini untuk menolong kamu."
Patutlah kedai makan miliknya selalu gelap dan seolah-olah tak berpenghuni, rupa-rupanya ada orang hantar saka untuk kacau kedai tu. Menurut penerangan Tok Selamat, makhluk ni siap berpeluk lagi dekat kedai aku tu.
Biasalah zaman sekarang ni, memang ramai orang dengki kalau kita ni senang sikit. Mereka akan memasang niat nak bomohkan atau santau seseorang itu. Nampaknya, aku beroleh pengajaran dari kisah ini.
Tak semua orang baik itu akan kekal baik sifatnya dan begitu juga sebaliknya tak semua orang buruk itu akan terus-menerus buruk sifatnya. Hal ini pun terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menilai sesuatu itu sama ada memberikan kebaikan ataupun keburukan. Kekallah berwaspada sebab tak semua orang suka kita.
YOU ARE READING
ALONE (COMPLETE)
Horror⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...