⚛ SECOND STORY BY THEgiant_bears
Dihuni perasaan bercampur baur untuk meninjau misteri alam lain. Hanya lebih suka mendengar rumor dibanding dengan pengalaman sendiri yang tak kalah menakutkan. Kadang-kadang bukan semua yang dikatakan orang itu t...
"Adik, ambil ni. Jangan lupa main dekat rumah tau." seorang lelaki memakai topi menutupi mukanya menyapa Aziena, seorang kanak-kanak perempuan yang berumur tujuh tahun.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Aziena dengan wajah gembiranya terus menyambut patung itu. Tidak dilupa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang asing itu.
Anehnya, patung itu mempunyai riak wajah sedih seolah-olah menggambarkan perasaannya. Lelaki tersebut tersenyum sinis lalu mengatur langkah laju ke arah sebuah bangunan tua dan berusang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Adik, awak ambil dekat mana patung ni?" Puan Roweny, ibu Aziena menyoal anaknya yang baru sahaja memasuki rumah.
"Ada orang bagi adik tadi, mama."
"Hah, adik pergi mandi dulu. And then, turun kita makan sama-sama. Mama ada masak ayam goreng untuk kamu." Puan Roweny memberi arahan tanpa sebarang syak wasangka.
Jari tangan yang menunjukkan okay diangkat ke arah ibunya. Aziena pun bergerak menuju ke bilik tidur bertema Cinderella itu.
* * *
Malam itu, kilat sabung dan petir sabung-menyabung. Aziena terjaga dari tidurnya dengan rasa takut akan bunyi kuat itu. Patung yang diberikan tadi dipeluk erat. Tanpa disedari, rohnya tertukar dengan roh di dalam patung itu.
Susuk tubuh milik 'Aziena' berada dengan roh yang berbeza. Dia tersenyum sinis memandang patung yang terdapat roh milik tubuh sebenar gadis itu. Tangannya bergerak mencampakkan rumah baru roh Aziena ke dalam bakul sampah.
Keesokan harinya,
"Aziena, cepat turun, sayang. Kita dah lambat nak pergi berkelah ni." jerit Puan Roweny dari tingkat bawah.
"Baik mama. Aziena dah nak turun ni. " Roh itu tersenyum lagi. Nampaknya dia sudah temui tubuh baru yang sesuai untuk dihuni.
Aziena di dalam tubuh patung itu mendengar segalanya. Dia berasa sangat sedih akan semuanya dan ingin menjerit. Namun, tiada sesiapa yang dapat mendengarkannya. Nasi sudah bertukar menjadi bubur, sungguh dia kesal kerana menerima pemberian lelaki yang tidak dikenali. Mama, tolong Aziena, Aziena takut, getus hati si budak perempuan malang itu.
Pengajaran : Kita seharusnya lebih bijak dengan tidak menerima pemberian orang yang tidak dikenali. Hal ini disebabkan berkemungkinan mereka mempunyai niat buruk untuk membinasakan kita. Ingat, berfikir dahulu sebelum bertindak.